Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindah pelarian dari Afghanistan: S'pura akan tawar penggunaan pesawat

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menawarkan penggunaan pesawat tangkinya bagi menyokong usaha Amerika Syarikat untuk memindah keluar pelarian dari Afghanistan.



Ini dinyatakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam dalam satu sidang akhbar bersama Naib Presiden Amerika, Cik Kamala Harris, yang sedang melawat republik ini.



"Saya telah berkata kepada Naib Presiden bahawa kami tahu Amerika Syarikat sedang mengadakan operasi pemindahan pelarian keluar dari Afghanistan.



"Singapura ingin menawarkan kepada Amerika Syarikat penggunaan Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi A330 (A330 MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk membantu usaha mengangkut melalui udara itu," kata Encik Lee.



Pesawat tangki itu boleh mengisi minyak di udara dan menjalankan fungsi mengangkut di udara pada masa yang sama. Aset itu telah secara rasmi mula beroperasi pada April lalu, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) Singapura sebelum ini.



Tawaran Singapura untuk membantu dalam operasi pemindahan itu menyusuli kejayaan pihak Taleban kembali menguasai Afghanistan selepas dua dekad.



Dalam sidang akhbar semalam, Cik Harris melahirkan penghargaannya terhadap tawaran Singapura.



"Perdana Menteri, saya mengucapkan terima kasih atas tawaran amat baik yang anda berikan ini untuk membantu Amerika Syarikat dalam usaha pemindahan keluar dari Afghanistan dan kami menantikan untuk mengambil tindakan susulan daripada perbincangan itu," kata Cik Harris.



Rakaman video yang menarik perhatian dunia sebelum ini menunjukkan keadaan huru-hara di lapangan terbang di Afghanistan apabila orang ramai berlari mengejar pesawat untuk cuba melarikan diri keluar dari negara itu.



Diminta mengulas lebih lanjut mengenai situasi di Afghanistan, Encik Lee berkata keselamatan orang awam menjadi keprihatinan seluruh dunia.



Beliau juga meluahkan harapan agar semua pihak di sana akan berusaha untuk memastikan keselamatan orang awam itu.



Katanya lagi, Singapura memahami cabaran yang ada, dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) juga telah mengerah pegawai di Afghanistan untuk menyokong Angkatan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISEF).



ISEF merupakan misi ketenteraan antarabangsa di Afghanistan yang sebelum ini ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melatih Angkatan Keselamatan Nasional Afghan dan membantu usaha membangun semula institusi utama pemerintah.



Singapura juga telah mengerah pegawai ke Afghanistan kerana ia merupakan usaha penting dalam perjuangan global terhadap pengganasan pelampau, kata Encik Lee.



Beliau menarik perhatian bahawa idea pelampau telah dieksport dari sana ke rantau ini.



Encik Lee berkata campur tangan di Amerika Syarikat di rantau itu 20 tahun lalu telah mencegah kumpulan pengganas daripada menggunakan Afghanistan sebagai pangkalan yang selamat.



"Untuk perkara ini, Singapura berterima kasih. Kami berharap Afghanistan tidak kembali menjadi pusat tumpuan bagi pengganasan lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >