EMPAT seniman yang banyak menyumbang dan membawa perubahan kepada persada seni tanah air diiktiraf dengan Pingat Budaya di Istana, semalam.
Mereka ialah pelukis cat minyak dan seniman realis, Encik Chua Mia Tee, 84 tahun; penggiat teater, Encik Haresh Sharma, 50 tahun; Naib Presiden Persatuan Penulis Singapura, Encik Lim Hung Chang, 66 tahun, dan penghibur serta pemuzik, Dr Margaret Leng Tan, 70 tahun.