Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pingat Jasa Gemilang buat mantan Ketua Turus Tentera Udara Indonesia

May 31, 2022 | 10:28 PM



MANTAN Ketua Turus Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU), Ketua Marsyal Udara (ACM (Bersara) Yuyu Sutisna,  disampaikan dengan anugerah ketenteraan berprestij Singapura, PIngat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Halimah Yacob.



Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef), Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah menyampaikan anugerah itu kepada ACM (Bersara) Yuyu pada satu upacara di Mindef pada Selasa (31 Mei).



 ACM (Bersara) Yuyu dinobatkan sebagai penerima anugerah itu kerana sumbangan pentingnya dalam memperkukuh talian pertahanan antara Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dengan TNI AU sewaktu memegang jawatan Ketua Turus TNI AU antara 2018 dengan 2020.



Di bawah kepimpinannya, ACM (Bersara) Yuyu, RSAF dan TNI AU telah memperluas kerjasama pertahanan dua hala dan memperkukuh kebolehkendalian bersilang antara pegawai daripada kededua pasukan tentera udara menerusi kursus yang diadakan di mana mereka saling bertukar kepakaran secara profesional menerusi Kursus Senjata Pejuang Bersama dan Program Latihan  Misi Kenderaan Udara Tanpa Pemandu.



Kededua pasukan tentera juga meraikan peristiwa penting dua hala seperti edisi ke-20 latihan Exercise Elang Indopura pada 2018 dan ulang tahun ke-20 Exercise Camar Indopura pada 2019.



Kata ACM (Bersara) Yuyu mengenai anugerahnya itu:



"Saya amat bertuah untuk berada di sini dan menerima anugerah ini. Kepercayaan dan keyakinan yang diberi pemerintah Singapura terhadap saya benar-benar membuatkan saya merendah hati. Singapura dan Indonesia, menerusi RSAF dan TNI AU sedang bekerjasama secara berkesan dalam memastikan keamanan dan keselamatan di rantau ini.



"Dalam beberapa tahun mendatang, saya percaya persahabatan dan kerjasama kita akan menjadi lebih utuh dan lebih baik lagi."



Sebelum penganugerahan ini, ACM (Bersara) Yuyu yang berada di Singapura antara 30 Mei dengan 1 Jun, mengunjungi Dr Ng,  Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan  Ketua Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong selepas memeriksa barisan kehormatan di Mindef.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >