Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pinjaman $4.74b: S'pura akan baharui komitmen kepada IMF

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperbaharui komitmen pinjaman berjumlah AS$3.58 bilion ($4.74 bilion) kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).



Dalam satu kenyataan semalam, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata, ini akan dicapai di bawah perjanjian Aturan Baru untuk Meminjam (NAB) dengan pinjaman AS$1.86 bilion untuk 2021 hingga 2025, serta Perjanjian Pinjaman Dua Hala (BA) dengan pinjaman AS$1.72 bilion untuk 2021 hingga 2024.



NAB ialah satu set pengaturan kredit berbilang negara antara IMF dengan 38 anggota negara atau institusi, sementara BA pula adalah antara IMF dengan 40 negara.



Singapura telah menjadi penyumbang NAB sejak penubuhannya pada 1998, dan kepada BA sejak 2012.



Langkah Singapura memperbaharui perjanjian pinjaman itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha Republik ini untuk menyokong usaha berbilang hala bagi memperkukuh keupayaan IMF.



Dengan membantu meningkatkan sumber IMF, Dana Kewangan Antarabangsa itu boleh memainkan peranannya dengan berkesan dalam melindungi kestabilan ekonomi dan kewangan global sebagai respons kepada pandemik Covid-19, kata MAS.



Penguasa itu menjangkakan komitmen BA yang diperbaharui daripada anggota IMF, termasuk Singapura, akan mencapai jumlah AS$188.8 bilion.



Komitmen pinjaman itu berbentuk pinjaman kontinjen atau luar jangka kepada IMF, dan tidak dibuat secara langsung ke negara-negara yang meminjam daripada yayasan tersebut.



IMF hanya akan menggunakan komitmen pinjaman itu sekiranya sumbernya yang lain berkurangan dengan ketara.



Sekiranya komitmen pinjaman Singapura itu digunakan, pinjaman tersebut akan kekal menjadi sebahagian daripada rizab asing rasmi Republik ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >