Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pinjaman sementara pemerintah bagi SME dilanjutkan lagi enam bulan

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan melanjutkan dua program bantuan pinjaman bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) lagi enam bulan hingga 31 Mac tahun depan.



Ia adalah Program Pinjaman Penyambung Sementara dan Skim Pembiayaan Perusahaan Dipertingkat - Pinjaman Perdagangan.



Bantuan itu dilanjutkan agar pemerintah dapat terus menyediakan sokongan bagi SME kerana akses kepada kredit merupakan nadi penting bagi mereka mengharungi krisis pandemik Covid-19, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Dalam satu Kenyataan Menteri mengenai langkah-langkah sokongan Covid-19 di Parlimen semalam, Encik Wong berkata parameter bagi kedua-dua skim itu tidak berubah, termasuk perkongsian risiko pemerintah sebanyak 70 peratus.



Program Pinjaman Penyambung Sementara menyediakan akses kepada modal kerja bagi keperluan perniagaan, manakala Skim Pembiayaan Perusahaan Dipertingkat - Pinjaman Perdagangan pula menyokong perusahaan dalam keperluan perdagangan, seperti pinjaman modal kerja luar negara.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga akan melanjutkan Kemudahan Dolar Singapura MAS untuk Pinjaman Enterprise Singapore (ESG) dengan sewajarnya.



Kemudahan itu membolehkan pinjaman dolar Singapura pada kadar faedah 0.1 peratus setahun kepada institusi kewangan layak, untuk menyokong pinjaman mereka kepada SME di bawah Skim Pinjaman ESG.



"Saya menggalak perniagaan memanfaatkan lanjutan ini dan skim sedia ada lain untuk mempersiapkan diri mereka bagi norma baru.



"Banyak SME kita telah pun merebut peluang membina keupayaan baru dan bagi perniagaan mereka bersiap sedia untuk masa depan," kata Encik Wong.



Pemerintah telah menyokong pinjaman bernilai lebih $22 bilion kepada lebih 25,000 perusahaan menerusi skim-skim pembiayaan ESG sejak awal tahun lalu, dengan 99 peratus penerimanya adalah SME.



Mengongsi langkah-langkah sokongan bagi SME, Encik Wong berkata terdapat rejim cukai berdaya saing bagi syarikat, terutamanya SME, kerana mereka tulang belakang ekonomi.



Beliau berkata SME terus menikmati cukai rendah.



Misalnya, SME, atau syarikat dengan kadar pusing ganti hingga $100 juta, membentuk lebih 95 peratus syarikat aktif di sini, tetapi mereka menyumbang kurang sepertiga daripada pendapatan Cukai Pendapatan Korporat.



Malah, lebih 50 peratus syarikat sedemikian tidak membayar cukai korporat langsung.



Selain cukai, Encik Wong berkata SME juga prihatin tentang kos perniagaan, seperti sewa, buruh, dan utiliti.



Pemerintah tidak secara langsung mengimbangi kos sedemikian dalam waktu biasa, namun menyediakan pelbagai skim untuk membantu syarikat mempertingkat produktiviti dan membina keupayaan baru, tambah beliau.



Antara 2015 dengan 2019, sekitar 70 peratus pengagihan geran pemerintah kepada perniagaan diberi kepada SME.



Semasa pandemik ini pula, pakej sokongan Covid-19 menyediakan lebih banyak bantuan untuk SME.



Contohnya, sekitar dua pertiga daripada $26.7 bilion daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dibayar hingga hari ini dan sekitar 90 peratus faedah daripada rebat Cukai Pendapatan Korporat bagi tahun penilaian 2020 diberi kepada SME.



"Semasa waktu krisis, kami sedar isi rumah berpendapatan rendah dan SME menghadapi cabaran lebih besar. Itu sebabnya kami melakar campur tangan demi memberi manfaat paling besar kepada mereka," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >