Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pintu kaca di pusat tukaran bas Toa Payoh pecah dek dilanggar PMD yang dinaiki wanita

Jun 01, 2019 | 03:04 PM



SEORANG wanita yang menaiki alat mobiliti peribadi (PMD) melanggar pintu kaca di pusat pertukaran bas Toa Payoh pagi tadi (1 Jun), sehingga menyebabkan sebahagian pintu itu pecah.



Satu video yang dimuat naik di laman Facebook SBS Transit menunjukkan wanita yang menaiki PMD tersebut melanggar sebahagian pintu kaca itu sebelum ia dibuka sepenuhnya, sedang beliau lalu di kawasan itu.





Selepas melanggar pintu kaca itu, bakul di hadapan PMD itu terjatuh dan beliau pun bangun untuk mengambilnya sebelum membawa PMD itu pergi dari tempat kejadian.



SBS Transit menerusi laman Facebook mereka berkata:



“Kami ingin mengingatkan pengguna alat mobiliti agar berhati-hati semasa bergerak di ruang yang sempit. Mujur, tiada orang yang cedera dalam kejadian ini.”



Naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, berkata mereka juga telah membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >