Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HIKMAH RAMADAN : ANTARA KEAMPUNAN DAN KEPRIHATINAN

Pintu pengampunan dibuka luas sepanjang Ramadan

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



RASULULLAH saw mengajar umatnya agar membaca doa memohon keampunan dan diulang-ulang sepanjang Ramadan.



Lebih-lebih lagi pada saat-saat 10 malam terakhir kerana bulan Ramadan adalah bulan di mana Allah swt membuka luas pintu rahmat dan maghfirahnya.



Doa memohon ampun yang diajar Nabi Muhammad kepada isteri Aisyah ra dalam hadis riwayat Tirmidzi yang bermaksud:



"Ya Allah, Engkau maha pengampun dan maha pemurah. Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."



Demikian disampaikan Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Masjid Al Islah, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, dalam program Hikmah Ramadan baru-baru ini.



RAIH PENGAMPUNAN



"Bulan Ramadan adalah bulan kita memburu pengampunan dari Tuhan.



"Doa itu tadi juga mengandungi penjelasan akan sifat Allah yang maha mulia iaitu sifat pengampun dan pemurah-Nya.



"Nabi juga menjelaskan bahawa Allah suka memaafkan dosa-dosa hambanya. Inilah sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,'' ujar Ustaz Khairul Anwar.



Katanya, Allah tahu manusia semua dicipta lemah dan pasti ada keterlanjuran, kesilapan dan juga kesalahan.



Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasullullah bersabda:



"Yang jiwaku ada di tangannya. Kalau seandainya kalian tidak berdosa, maka Allah akan menghapuskan kalian dari muka bumi ini lalu Dia mendatangkan suatu kaum, yang melakukan dosa, lalu mereka beristighfar kepada Allah, lalu Allah mengampuni mereka."



Menurut Ustaz Khairul Anwar, hadis ini bukanlah anjuran untuk kita melakukan dosa, namun ia adalah sebuah penjelasan dari Nabi Muhammad bahawa insan itu diciptai dengan banyak kelemahan dan kekurangan secara semulajadi.



"Tatkala kita tersilap langkah, janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah.



"Kita merasakan kita tidak layak diampunkan oleh Allah. Ini semua adalah hasutan syaitan agar kita semakin menyisihkan diri dari jalan Allah.



"Allah bersedia mengampunkan kita, Dia bersedia menerima taubat kita bila-bila masa sahaja.



"Asal kita bersedia untuk merendahkan diri, memohon keampunan dan kasih sayangnya,'' ujar Ustaz Khairul Anwar



Rasulullah bersabda yang bermaksud:



"Ya Allah, lebih gembira dengan taubat hambanya dibandingkan kegembiraan seseorang yang kehilangan untanya di tengah kesesatan padang pasir lalu ia ketemukan untanya kembali."



Menurut Ustaz Khairul Anwar lagi, Allah bukan sahaja bersedia untuk mengampunkan dosa-dosa kita, tapi Allah gembira dan suka pada hamba-hambanya yang bertaubat.



Dari itu, Allah mengingatkan umatnya di dalam surah Az-Zumar, ayat ke-53 yang bermaksud:



"Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah.



"Sesunguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang."



SEGERA BERTAUBAT



Raihlah pengampunan Allah dengan kita bertaubat kepadanya.



Imam Al Nawawi mengatakan syarat taubat itu ada tiga:



  • Pertama, hendaklah kita berhentikan perlakuan dosa tersebut;

  • Kedua, timbul rasa kesal di atas kelakuannya; dan

  • Ketiga berazam agar tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.

Menurut para ulama, jika ketiga-tiga syarat ini ditepati, maka taubat itu dikira sah dan diterima Allah.



Selain dari itu, Allah juga telah menjadikan setiap amal soleh dan amal kebajikan itu sebagai salah satu sebab diampunkannya dosa seseorang, kata Ustaz.



Firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, yang bermaksud:



"Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan yang buruk."



RAIH KASIH SAYANG



Menurut Ustaz Khairul Anwar lagi, raihlah pengampunan dan kasih sayang Allah dengan banyak istighfar serta memanjatkan doa dan harapan yang penuh dengan keikhlasan kepada Allah.



Tidak ada yang lebih murni dan lebih suci daripada air mata yang mengalir kerana mengharapkan rahmat Allah.



Allah berfirman di dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan Imam Tirmidzi yang bermaksud:



"Wahai anak Adam, setiap kali Engkau berdoa dan berharap kepadaku, akanku ampunkan segala dosa yang ada pada dirimu dan tidak akan ku peduli.



"Wahai anak Adam, walaupun dosamu mencecah langit, namun tatkala engkau beristighfar memohon keampunanku, akanku ampunkan dosamu."



Dengan itu, Ustaz Khairul Anwar mengajak diri memujuk hati kita agar kembali kepada Allah.



"Jangan kita sia-siakan masa kita. Inilah saat masa kita memburu keredaan, pengampunan dan kasih sayangnya. Semoga Allah menempatkan kita bersama di syurganya,'' kata Ustaz Khairul Anwar.




ANTARA KEAMPUNAN DAN KEPRIHATINAN HIKMAH RAMADAN Nabi juga menjelaskan bahawa Allah suka memaafkan dosa-dosa hambanya. Inilah sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... Tatkala kita tersilap langkah, janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah. Kita merasakan kita tidak layak diampunkan oleh Allah. Ini semua adalah hasutan syaitan agar kita semakin menyisihkan diri dari jalan Allah. Allah bersedia mengampunkan kita, Dia bersedia menerima taubat kita bila-bila masa sahaja. Asal kita bersedia untuk merendahkan diri, memohon keampunan dan kasih sayangnya.
- Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >