Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

PKP M'sia dijangka tak jejas rantaian bekalan SG

May 12, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak menjangka rantaian bekalannya terjejas secara ketara sedang Malaysia di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai hari ini, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Beliau berkata menurut pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKP itu sebahagian besarnya bagi kegiatan sosial dan bukan berkaitan ekonomi.



"Memandangkan syarikat dan kilang di Malaysia masih boleh terus beroperasi oleh itu syarikat logistik boleh terus menguruskan import barangan dan perkhidmatan kita.



"Lantaran itu, kami tidak menjangka rantaian bekalan kita terjejas secara ketara ekoran PKP pada masa ini.



"Kami akan terus memantau keadaan, bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kita di Malaysia untuk mengurangkan sebarang kemungkinan gangguan," ujar Cik Low.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) tentang kos muatan laut yang semakin meningkat dan bagaimana ia boleh menjejas harga eksport ke Singapura serta kesannya terhadap rantaian bekalan negara.



Cik Low juga akur sepanjang beberapa bulan ini harga komoditi global meningkat ekoran permintaan global kukuh dan bekalan ketat, dengan ada disebabkan keadaan cuaca buruk serta sekatan ekport makanan oleh sesetengah negara yang menghasilkan makanan.



Namun, Cik Low berkata Singapura telah mempelbagaikan sumber import makanan selain menawarkan bantuan khusus bagi keluarga berpendapatan rendah.



"Sedang banyak negara perlu berdepan dengan masalah kekurangan makanan, Singapura dapat memastikan harga bekalan dan barangan asas utama kekal berdaya saing agar lebih berdaya tahan," ujarnya, yang turut menambah bahawa Singapura mengimport makanan dari lebih 170 negara.



Beliau juga berkata keluarga berpendapatan rendah dan kurang mampu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), termasuk sokongan dalam perbelanjaan harian seperti makanan, pakaian, pengangkutan dan komunikasi.



Bagaimanapun, Cik Low akur dalam keadaan mencabar sekarang, kemungkinan terdapat ketidakstabilan pada harga bekalan makanan dan produk asas ekoran ketidaktentuan global seperti kelewatan pengangkutan kerana sekatan sempadan dan kekurangan muatan perkapalan.




"Memandangkan syarikat dan kilang di Malaysia masih boleh terus beroperasi, syarikat logistik ini boleh terus menguruskan import barangan dan perkhidmatan kita. Lantaran itu, kami tidak menjangka rantaian bekalan kita terjejas secara ketara ekoran MCO pada masa ini. Kami akan terus memantau keadaan, bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kita di Malaysia untuk mengurangkan sebarang kemungkinan gangguan."
- Cik Low Yen Ling, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >