Platform bagi 'start-up' data lokasi berkembang
Oct 13, 2017 | 05:30 AM
PENGUASA Tanah Singapura (SLA) sedang mengusahakan sebuah platform kolaboratif yang dipanggil GeoWorks bagi mengumpulkan syarikat, syarikat permulaan (start-up) dan pengguna geospatial (data berkaitan lokasi tertentu).
Ini diumumkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam semasa majlis anugerah OneMap IdeaWorks! di atrium Hab HDB di Toa Payoh.