DALAM perbarisan terakhir sebelum Platform Terapung Marina Bay dirobohkan, kira-kira 4,000 rekrut latihan asas ketenteraan dan 350 anggota kerahan (NSmen) berarak pada Sabtu (26 Nov) selepas menamatkan kitaran latihan mereka.
Perbarisan NS55 memperingati 55 tahun perkhidmatan negara (NS) dan menyaksikan Sarjan Ketiga Suhairi Samsudin menyerahkan bendera negara kepada bekas pelajarnya di sekolah menengahnya – rekrut tamat latihan Lim Wee Hong – sebagai simbol peralihan tugas perkhidmatan negara daripada satu generasi NSmen kepada generasi seterusnya.
Acara Sabtu itu menandakan perbarisan terakhir yang diadakan di platform terapung itu sebelum kawasan itu dibangunkan semula menjadi NS Square tahun depan.
NS square akan menjadi ruang tetap untuk memperingati NS, dan akan menampilkan galeri yang mempamerkan perjalanan NS negara ini dan sumbangan anggota kerahan kepada Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, pada perarakan pada Sabtu.
Platform terapung itu telah menjadi hos kepada 11 perbarisan Hari Kebangsaan sejak 2007 dan telah menjadi tempat popular kerana pemandangan tepian laut dan keupayaan unik untuk mempamerkan unsur-unsur udara, darat dan laut.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Platform terapung Marina Bay jadi tuan rumah Perbarisan NS55 sebelum dirobohkan
Nov 26, 2022 | 06:13 PM