Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

S'pura kini lebih berdaya tahan, boleh buka semula ekon secara bertahap

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura kini lebih berdaya tahan, boleh buka semula ekon secara bertahap

Aug 08, 2021 | 07:13 PM

SINGAPURA kini berada dalam kedudukan yang lebih berdaya tahan Covid-19 dan boleh menjangkakan pembukaan semula ekonomi secara bertahap-tahap. 

Namun, terdapat beberapa isu rumit yang timbul dalam masyarakat akibat krisis Covid-19 yang perlu ditangani dengan segera, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Tiga isu utama yang disebutkannya dalam Amanat Hari Kebangsaan yang disampaikan pada Ahad (8 Ogos) di Tasik Simfoni, Kebun Bunga, adalah berkaitan pekerja bergaji rendah, isu pekerja migran serta menjaga keharmonian bangsa dan agama di Singapura.

Katanya, usaha menangani Covid-19 telah menjejas semua warga Singapura dan meningkatkan lagi keperluan untuk menjaga dan membantu satu sama lain. 

“Rakyat Singapura telah berganding bahu, saling mengambil berat dan membantu satu sama lain sepanjang krisis ini. Janganlah kita memandang remeh perpaduan yang kita ada.
 
“Covid-19 sebenarnya meluaskan jurang perselisihan dalam masyarakat kita. Ia membangkitkan isu-isu sukar yang kita perlu hadapi dan tangani dengan segera,” katanya.

Antara langkah utama yang perlu diusahakan adalah untuk membantu pekerja bergaji rendah yang merupakan antara golongan yang paling terjejas oleh pandemik ini. 

Menurut Encik Lee, pemerintah akan memberikan bantuan yang lebih kepada golongan tersebut bagi menghadapi krisis dan juga mempertingkat kemahiran dan memperbaiki kehidupan mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3