Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM: Bajet pelan kewangan strategik, sepadu bagi bina masa depan lebih baik

Feb 21, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Belanjawan tahun ini adalah "satu pelan kewangan strategik dan bersepadu bagi membina sebuah masa depan yang lebih baik bersama".



Beliau mengongsi pandangannya itu dalam satu pos Facebook semalam, sehari setelah Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan Belanjawan 2018 di Parlimen, lapor The Straits Times.



Encik Heng melakarkan empat tema luas bagi negara ini menangani cabaran masa depan dan merebut peluang.



Encik Lee berkata bagi membina sebuah ekonomi yang bertenaga dan inovatif, perniagaan perlu berkembang.



Beliau menambah bahawa pemerintah akan menyokong perniagaan untuk berinovasi dan membina keupayaan menerusi geran serta membantu firma berkembang dan menebarkan sayap pada peringkat antarabangsa.



Ini bermakna usaha berterusan diperlukan untuk membantu firma dan pekerja membangunkan keupayaan digital dan kemahiran bagi menyesuaikan diri dalam ekonomi digital, tambah beliau.



Beliau berkata bagi Singapura menjadi sebuah bandar bijak, hijau dan sesuai didiami, negara ini perlu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (carbon footprint).



Menurut beliau, cukai karbon $5 bagi setiap tan pengeluaran gas rumah hijau bertujuan menggalak industri dan pengguna mengurangkan pengeluaran gas.



Demi menjaga warga emas dengan lebih baik sedang mereka meniti usia senja, sebuah Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) akan membantu menyelaras khidmat berkaitan kesihatan dan sosial bagi golongan tersebut.



SGO, kini dikenali sebagai Pejabat Generasi Perintis, akan dinamakan semula bagi mencerminkan peranan dipertingkat pejabat itu apabila ia bergabung dengan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) mulai April ini.



Encik Lee berkata pemerintah akan melihat kenaikan perbelanjaan dalam bidang utama seperti penjagaan kesihatan, prasarana dan keselamatan.



Justeru, sementara Singapura mempunyai kedudukan fiskal yang kukuh, Encik Lee berkata adalah penting bagi negara ini merancang awal demi memastikan ia boleh "terus mampu berbelanja untuk apa yang kita perlukan".



Menyentuh tentang rancangan pemerintah meningkatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 9 peratus antara antara 2021 hingga 2025, Encik Lee berkata ini akan dilaksanakan dalam cara yang adil dan progresif.



"Kami akan membantu keluarga menghadapi perubahan ini, terutamanya keluarga lebih miskin," kata beliau.



Di samping itu, beliau berkata rakyat negara dapat berkongsi hasil kemakmuran Singapura menerusi Bonus SG antara $100 dengan $300 menyusuli lebihan Belanjawan Negara tahun lalu.



Pemerintah menjangkakan lebihan belanjawan keseluruhan $9.6 bilion bagi tahun kewangan 2017 - lebih tinggi berbanding $1.9 bilion yang diramal sebelum ini.



Dalam ucapannya, Encik Heng berkata ini sebahagian besarnya disebabkan sumbangan Lembaga Berkanun yang luar biasa sebanyak $4.6 bilion, khususnya daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan peningkatan pengumpulan cukai setem sebanyak $2 bilion hasil pemulihan pasaran hartanah baru-baru ini.




"Perbelanjaan pemerintah akan meningkat, terutamanya dalam penjagaan kesihatan, prasarana dan keselamatan. Sementara kita mempunyai kedudukan fiskal yang kukuh, kita harus merancang awal demi memastikan kita boleh sentiasa mampu berbelanja apa yang kita perlukan. Pemerintah merancang meningkatkan GST daripada 7 peratus kepada 9 peratus antara 2021 dengan 2025. Ini akan dilakukan dalam cara yang adil dan progresif dan kami akan membantu keluarga menghadapi perubahan ini, terutamanya keluarga lebih miskin."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



LAPORAN LANJUT SUSULAN BELANJAWAN:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >