Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG G-20

PM harap kuota haji S'pura ditambah

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



OSAKA (JEPUN): Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar lebih ramai warga Singapura dibenarkan melaksanakan ibadah haji di Makkah dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Bin Salman semalam.



Encik Lee menemui putera Saudi itu di luar acara Sidang Pemimpin Kumpulan 20 (G-20), yang berlangsung di Osaka, Jepun.



Beliau menimbulkan isu kuota haji itu berikutan taklimat Putera Salman mengenai usaha Saudi mahu merancakkan sektor pelancongan.



Kuota haji bagi jemaah Singapura, yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Saudi, dinaikkan daripada 800 tempat pada 2017 kepada 900 tempat tahun lalu.



Dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan cara meningkatkan hubungan dua hala dan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai isu, kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Putera Salman juga memberi taklimat terkini kepada Encik Lee mengenai Visi 2030 negaranya, lapor akhbar The Straits Times.



Dalam rancangan itu, mereka mahu mengurangkan kebergantungan pada minyak dan merubah ekonominya.



Ini termasuk kedudukan baik yang dinikmati syarikat Singapura untuk meraih peluang seperti dalam sektor pelancongan, kewangan dan petrokimia.



Mereka juga bertukar pendapat mengenai bagaimana Singapura boleh menyumbang kepada pelantikan Saudi sebagai Presiden G-20 tahun depan.



Encik Lee juga mengucapkan terima kasih kepada Putera Salman atas keramahannya ketika menerima kunjungan Menteri Kanan (SM) Tharman Shanmugaratnam yang melawat Saudi Januari lalu.



Beliau menambah bahawa Presiden Halimah Yacob menantikan kunjungan ke Saudi lewat tahun ini.



Encik Lee turut mengulangi undangannya kepada Putera Salman supaya melawat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >