LEBIH ramai keluarga yang memerlukan dan kurang berkemampuan di Ang Mo Kio akan dapat dibantu menyusuli pelancaran empat pusat khidmat keluarga (FSC) baru di kawasan kejiranan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Salah satu FSC baru yang dirasmikan semalam ialah Family Services@Yio Chu Kang - cabang satelit pertama yang dirintis dan dibiayai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).