Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: 16 kementerian akan menyaksikan perubahan dalam rombakan kabinet

Apr 21, 2018 | 01:55 PM



LONDON - Rombakan kabinet yang akan diumumkan minggu depan, akan melibatkan kesemua 16 kementerian, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Tetapi, tidak semua menteri akan berpindah ke kementerian baru, ujar beliau kepada media Singapura ketika ditanya skala rombakan itu.

Awal dari ini, PM Lee telah memberikan isyarat bahawa beliau akan melakukan perubahan besar dalam Kabinet sebelum Parlimen dibuka 7 Mei ini selepas Parlimen dihenti buat sementara selama sebulan, bagi memberikan menteri-menteri muda lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab.

"Saya akan kembali ke tanahair bagi melaksanakannya (rombakan itu). Kami akan mengumumkannya minggu depan. Jadi, ia hanya satu suspens selama beberapa hari sahaja,'' kata PM Lee, dalam satu temu ramah bagi mengakhiri Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) di London, menurut laporan The Straits Times (ST).

ST melaporkan bahawa tiga menteri veteran; Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Lim Hng Kiang, 64 tahun; Menteri Tenaga Manusia Encik Lim Swee Say, 63 tahun, dan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, 62 tahun, dijangka bersara.

Ditanya jika rombakan itu akan memberikan isyarat mengenai siapa Perdana Menteri akan datang, PM Lee melahirkan keyakinan bahawa para menteri generasi keempat (4G) sedang dalam proses memilih pemimpin mereka.

Menyatakan ia satu 'proses berterusan' yang akan mengambil masa, beliau menambah bahawa menteri-menteri lebih muda sedang bekerja sama dalam melakarkan draf bagi agenda Ucapan Presiden.

"Saya yakin mereka akan mula mempunyai rasa hati antara satu sama lain mengenai siapa yang akan memimpin mereka,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >