Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ajak pengundi fikirkan masa depan mereka

Sep 02, 2015 | 06:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata para pengundi bukan sahaja perlu memberi perhatian kepada apa yang akan dilakukan oleh para calon demi masa hadapan Singapura, tetapi juga siapa yang bakal melakukannya.


Menyatakan demikian semasa ditemui media selepas selesai proses penamaan calon di pusat pencalonan Raffles Institute (RI) hari ini, Selasa (1 September), Encik Lee berkata:


"Siapa yang bakal melakukan perkara ini juga amat relevan. Dari segi keperibadian, rekod, kebolehan, dan juga kelemahannya. Saya rasa ini merupakan isu yang seharusnya diperbincangkan semasa kempen pilihan raya."


Encik Lee, yang juga setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan memimpin pasukannya menentang pasukan Parti Pembaharuan (RP) di GRC Ang Mo Kio dalam Pilihan Raya Umum pada 11 September ini.


PM Lee dengan rombongannya, yang terdiri daripada Encik Ang Hin Kee, Cik Intan Azura Mokhtar, Encik Gan Thiam Poh, Encik Koh Poh Koon dan Encik Darryl David, tiba di pusat pencalonan sekitar 10.40.


Pasukan RP pula diwakili oleh Encik M. Ravi, Encik Roy Ngerng, Encik Osman Sulaiman, Encik Gilbert Goh, Encik Siva Chandran dan Cik Jesse Loo.


Semasa ditemui itu, Encik Lee mendapati tiada sebarang kejutan bagi pilihan raya tahun ini.


"Kesemua kerusi akan dipertandingkan, dan saya rasa ini persaingan yang hebat dan saya amat mengalu-alukannya. Kami juga bakal menghadapi saingan dari Parti Pembaharuan dan kami mengalu-alukan persaingan dari mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >