Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee alu-alukan permohonan Canada sertai perjanjian kerjasama ekonomi digital

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menghubungi rakan sejawatannya dari Canada, Encik Justin Trudeau, melalui panggilan telefon semalam, bagi mengalu-alukan permohonan negara itu untuk menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (Depa).



Penyertaan itu akan mengukuhkan lagi kerjasama digital dan perhubungan antara ekonomi, kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam.



Dalam panggilan telefon itu, Encik Lee dan Encik Trudeau menegaskan hubungan dua hala yang sangat baik yang merangkumi bidang dari ekonomi, infrastruktur dan bandar bijak ke keselamatan siber.



Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan penglibatan Canada yang semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik.



Mereka turut membincangkan pembangunan serantau dan antarabangsa, termasuk keadaan di Ukraine, dan menegaskan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk kedaulatan dan kewibawaan wilayah semua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >