PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menekankan kepercayaan kukuh Asean bahawa kerjasama pelbagai hala dan kerjasama antarabangsa adalah kunci kepada pertumbuhan dan kestabilan rantau ini.
Berucap di majlis pembukaan Sidang Puncak Asean semalam, Encik Lee berkata Asean akan bekerjasama dengan rakan luarnya untuk menangani cabaran dalam dunia yang saling bergantung dan saling terhubung.