Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

PM Lee: Bantu tingkat kanak-kanak kurang bernasib baik 'misi yang tiada penghujungnya'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee: Bantu tingkat kanak-kanak kurang bernasib baik 'misi yang tiada penghujungnya'

Nov 11, 2021 | 05:30 AM

BANYAK kemajuan telah dikecapi Singapura dalam meningkatkan kehidupan warganya sejak kemerdekaan lebih separuh abad lalu.

Namun, negara ini mesti terus berusaha meningkatkan kanak-kanak yang membesar dalam keadaan kurang bernasib baik kerana ia merupakan "misi yang tiada titik hujungnya".

Demikian kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa menyampaikan ucapannya semalam di acara penghargaan Hand in Hand: Uplifting our Children Together anjuran Kementerian Pendidikan (MOE).

"Pada setiap generasi, akan selalu ada segolongan yang dapat mencapai lebih baik dan segolongan lagi yang kurang baik.

"Krisis seperti Covid-19 menunjukkan jurang sosial seperti itu dengan lebih ketara lagi, misalnya, beralih ke Pembelajaran Dari Rumah semasa pandemik tidak mudah bagi setiap kanak-kanak," kata Encik Lee.

Misalnya, tidak semua kanak-kanak mempunyai akses kepada komputer riba atau Internet.

"Pasca Covid-19, kita boleh jangkakan sebahagian perbezaan ini berkekalan kerana perbezaan itu bukan disebabkan Covid-19 meskipun pandemik ini menjadikannya lebih ketara.

"Bahkan, tergantung pada sama ada anda mempunyai sokongan keluarga di rumah, bimbingan ibu bapa atau tidak tidak, ia boleh memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan anda.

"Ini sebabnya kita mesti terus berusaha meningkatkan kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka merapatkan jurang pada permulaan sebanyak mungkin, dan memastikan mereka mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan berbanding ibu bapa mereka serta lebih banyak jalan kejayaan," ujar Encik Lee.

Sekolah memainkan peranan genting dalam usaha ini kerana di situlah kanak-kanak boleh dibimbing guru-guru, berkawan dan membangunkan keperibadian mereka selain memberi tumpuan kepada pembelajaran.

"Bagi kanak-kanak daripada rumah yang bermasalah, sekitaran sekolah memainkan peranan lebih penting lagi kerana mereka boleh meraih manfaat daripada perhatian tambahan daripada guru-guru memainkan peranan sebagai dewasa yang signifikan...yang memberi nasihat yang baik," ulas beliau.

Pun begitu, Encik Lee menegaskan usaha membantu golongan kurang beruntung mesti melebihi hanya sistem pendidikan dan keluarga kurang bernasib baik harus dibantu secara holistik.

Jelasnya:

"Akhirnya, sekolah dan institusi posmenengah tidak boleh menggantikan rumah yang stabil dan ibu bapa yang mengasuh dengan baik."

Dalam ucapannya, Encik Lee mengetengahkan tiga usaha - KidSTART yang membantu melengkapkan ibu bapa dengan sumber mencukupi dalam perjalanan keibubapaan mereka; Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) yang membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan masalah ketidakhadiran; dan ComLink yang menyatukan rakan sektor masyarakat, swasta dan awam untuk membantu keluarga mempunyai anak yang tinggal di rumah sewa.

Ketiga-tiga usaha ini diselaraskan dan diintegrasikan untuk memberi "kesan maksimum", kata Encik Lee.

"Kami mengambil pendekatan berpusatkan keluarga untuk membantu setiap keluarga melalui cara yang paling sesuai bagi ibu bapa dan kanak-kanak dalam keluarga tersebut.

"(Ini juga) untuk memastikan setiap keluarga mempunyai rancangan tindakan yang komprehensif dan diselaraskan untuk bangkit semula," ujar beliau.


“Pada setiap generasi, akan selalu ada segolongan yang dapat mencapai lebih baik dan segolongan lagi yang kurang baik. Krisis seperti Covid-19 menunjukkan jurang sosial seperti itu dengan lebih ketara lagi, misalnya, beralih ke Pembelajaran Dari Rumah semasa pandemik tidak mudah bagi setiap kanak-kanak. Pasca Covid-19, kita boleh jangkakan sebahagian perbezaan ini berkekalan kerana perbezaan itu bukan disebabkan Covid-19 meskipun pandemik ini menjadikannya lebih ketara. Bahkan, tergantung pada sama ada anda mempunyai sokongan keluarga di rumah, bimbingan ibu bapa atau tidak tidak, ia boleh memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan anda. Ini sebabnya kita mesti terus berusaha meningkatkan kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka merapatkan jurang pada permulaan sebanyak mungkin, dan memastikan mereka mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan berbanding ibu bapa mereka serta lebih banyak jalan kejayaan.”
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3