Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bayangkan Singapura menjelang 2030 dan seterusnya

Aug 21, 2016 | 11:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong membayangkan apa yang boleh dijangka anak-anak Singapura sepanjang 15 tahun akan datang, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau pada Ahad malam (21 Ogos).



Menjelang 2030, bahagian barat Singapura akan berubah dengan, antara lain, Lakeside Gateway menjadi kawasan perniagaan bertenaga; Kereta Api Laju menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan perjalanan mengambil masa hanya 90 minit; Taman Tasek Jurong dan Pusat Sains memberi Daerah Tasik itu identiti berbeza; dan peluang pekerjaan baru, dengan industri pengilangan berteknologi tinggi baru, di Daerah Inovasi Jurong; serta bandar baru Tengah.



Di utara, sebuah Pusat Daerah Woodlands baru akan menjadi Gerbang Utara ke Singapura, dengan ruang perniagaan, perumahan dan taman di tepi pantai; Institut Teknologi Singapura (SIT) menerima bukan pelajar sahaja, bahkan sesiapa jua yang ingin meningkatkan kemahiran; dan lebih banyak syarikat baru akan menduduki inkubator seperti Block 71.



Di seluruh pulau pula, kata Encik Lee, warga Singapura akan mempunyai rangkaian hubungan: lapan dalam 10 rumah akan berada dalam lingkungan jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api dan boleh berlari-lari anak atau berbasikal mengelilingi pulau di sepanjang taman penghubung.



Bagi kehijauan, akan terdapat Koridor Rel, serta taman dan Terusan ABC di seluruh Singapura.



Selain itu, negara ini akan mempunyai banyak prasekolah bermutu tinggi dan boleh diakses; perubahan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang sedang dirancang akan terlaksana; dan Jumlah Kadar Kesuburan mungkin mencapai 1.6.



Menjangkau 2030 pula, bahagian timur Singapura akan berubah dengan mendadak, dengan T4 dan T5 Lapangan Terbang Changi menjadi permata bersinar; dan Pangkalan Udara Paya Lebar berpindah ke Changi; pelabuhan PSA di Tanjong Pagar dan Pasir Panjang akan pergi ke Tuas dan menjadi Pelabuhan Mega Tuas, sekali gus meningkatkan perdagangan dan ekonomi; tanah dibebaskan untuk dibangunkan semula menjadi Greater Southern Waterfront City, iaitu Tepian Pantai sepanjang 30 kilometer - tiga kali lebih besar daripada Marina Bay.



Encik Lee menambah, selepas mencapai kecermelangan dalam pelbagai perkara sepanjang 50 tahun lalu, rakyat Singapura mungkin bertanya apakah kejayaan lebih cemerlang boleh dicapai selepas SG50.



Jawapannya kata beliau ialah: Ya yang tidak disangsi!



Ini kerana warga Singapura, kata Encik Lee, telah menunjukkan kepada diri mereka sendiri, dan juga dunia, apa yang boleh dicapai mereka melangkau SG50.



Ini termasuk menjadi orang yang membangunkan apa yang telah diusahakan setiap generasi, melihat pada masa depan dengan yakin, dan menjadi sebuah negara di mana warga muda Singapura boleh mencapai impiannya.



Beliau menyebut contoh perenang yang meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama Singapura dan mencipta rekod Olimpik dalam Rio 2016 - Joseph Schooling.



Bagaimanapun, Encik Lee menambah walaupun banyak yang boleh menimbulkan perasaan teruja dan memuaskan pada masa depan bagi warga Singapura, yang lebih penting ialah perkara tidak ketara.



Encik Lee berkata baru-baru ini dalam satu dialog, ada seorang bertanya jika Tuhan bertanya apakah tiga perkara yang beliau mahu buat Singapura, apakah perkara itu.



"Saya amat terkejut. Saya berfikir seketika dan menjawab. Jika kita ingin perkara kebendaan, kita akan menyesal, kerana selepas kita mendapatnya, kita akan mahu lebih banyak lagi dan tidak akan berpuas hati



"Tetapi apa yang saya mahu ialah kita diberkati dengan rasa tidak puas hati yang mulia. Sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan kita dan sentiasa terdorong untuk melakukan yang lebih baik.



"Tetapi (saya juga mahu) kita ada kebijaksanaan untuk bersyukur dan tahu betapa bernilainya Singapura serta menikmati apa yang kita ada.



"Dan jika hanya dua hasrat ini dipenuhi, ia mencukupi.



"Kemudian kita boleh terus membina sesuatu istimewa di Singapura buat bertahun-tahun lagi, dan 'Mencapai Kebahagiaan, Kemakmuran dan Kemajuan, bagi negara kami'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >