Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Belanjawan 2018 merupakan pelan kewangan strategik bagi bina masa depan lebih baik

Feb 20, 2018 | 04:31 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Belanjawan tahun ini adalah "sebuah pelan kewangan strategik dan bersepadu bagi membina sebuah masa depan yang lebih baik bersama".

Beliau mengongsi pandangannya itu dalam satu pos Facebook sehari setelah Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan Belanjawan 2018 di Parlimen.

Encik Heng melakarkan empat tema yang luas bagi negara ini menangani cabaran masa depan dan merebut peluang.

Encik Lee berkata bahawa untuk membina sebuah ekonomi yang bertenaga dan inovatif, perniagaan perlu berkembang.

Beliau berkata pemerintah akan menyokong perniagaan untuk berinovasi dan membina keupayaan menerusi geran serta membantu firma berkembang dan menebarkan sayap pada peringkat antarabangsa.

Ini bermakna usaha berterusan diperlukan untuk membantu firma dan pekerja membangunkan keupayaan digital dan kemahiran bagi menyesuaikan diri dalam ekonomi digital, tambah beliau.

Beliau berkata bahawa bagi Singapura menjadi sebuah bandar bijak, hijau dan sesuai didiami, negara ini akan perlu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Encik Lee berkata cukai karbon $5 bagi setiap tan pengeluaran gas rumah hijau bertujuan menggalak industri dan pengguna mengurangkan pengeluaran gas.

Demi menjaga warga emas dengan lebih baik sedang mereka meniti usia senja, sebuah Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) akan membantu menyelaraskan khidmat berkaitan kesihatan dan sosial untuk golongan tersebut.

SGO, kini dikenali sebagai Pejabat Generasi Perintis, akan dinamakan semula bagi mencerminkan peranan dipertingkat pejabat itu apabila ia bergabung dengan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk menjadi jabatan pendekatannya (outreach arm) mulai April ini.

Encik Lee berkata pemerintah akan melihat kenaikan perbelanjaan dalam bidang utama seperti penjagaan kesihatan, prasarana dan keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >