PM Lee beri amaran langkah tegas diambil jika rakyat ingkar arahan 'pemutus litar', Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PM Lee beri amaran langkah tegas diambil jika rakyat ingkar arahan 'pemutus litar'

Apr 09, 2020 | 10:28 AM

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pagi ini mengingatkan rakyat tentang pentingnya untuk mereka menuruti arahan duduk di rumah.

Mengulangi peringatan yang dibuat Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, tentang keadaan yang dihadapi, Encik Lee berkata:

"Kita kini berada pada hari ketiga "Pemutus Litar", tetapi kelihatannya masih banyak pertemuan orang ramai berlaku di tempat-tempat awam. Jumlah kes baru Covid-19 telah naik mendadak, dan kita mesti patuh dengan langkah-langkah Duduk Di Rumah.  

"Mulai hari ini, mana-mana kumpulan berkumpul di tempat awam akan terus diberikan amaran bertulis oleh pegawai penguatkuasa," Encik Lee memberi amaran dalam tulisan yang dimuatnaik ke laman Facebooknya kira-kira 9.30 pagi tadi. 

"Sekiranya orang-orang yang disayangi tidak memahami betapa seriusnya hal ini, harap bantu mereka untuk memahaminya," pinta beliau. 

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sekiranya kita bersikap sambil lewa dengan langkah-langkah Duduk Di Rumah, lebih lama langkah-langkah ini akan berpanjangan. Saya tahu anda semua ingin kembali jalani kehidupan seperti biasa, tetapi ini akan hanya berlaku jika kita mengambil serius perkara ini," katanya mengakhiri catatannya. 

Di akhir tulisannya itu, beliau mencatat #StayhomeforSG dan #SGUnited agar rakyat bersatu padu dan duduk di rumah. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map