PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan membuat lawatan rasmi ke Vietnam mulai hari ini hingga Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam.
Encik Lee akan bertemu beberapa pemimpin Vietnam semasa lawatan empat hari itu, yang akan mengesahkan semula hubungan lama Singapura dengan negara itu.