Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee buka rasmi kemudahan baru Teck Ghee CC

Jan 13, 2019 | 02:36 PM



PENDUDUK Ang Mo Kio kini boleh menikmati lebih banyak kegiatan dan kemudahan baru di Kelab Masyarakat (CC) Teck Ghee yang dipertingkat.



Teck Ghee CC itu, yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 10, dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, hari ini selepas hampir dua tahun menjalani kerja peningkatan.



Kawasan kelab masyarakat itu diperluaskan menjadi 6,000 meter persegi berbanding 4,809 meter persegi dahulu untuk menampilkan lebih banyak ruang hijau di perkarangan kelab itu.



Bangunan kelab masyarakat itu pula kini menampilkan empat tingkat berbanding tiga tingkat sebelumnya.



Antara kemudahan baru atau yang dipertingkat ialah ruang di atas bumbung bagi penduduk menyertai kegiatan seperti taichi dan wushu, bilik fungsi dengan ruang luar bangunan, pusat kesejahteraan bagi warga emas, dan studio kulinari bagi penduduk belajar memasak.



Lebih 2,000 penduduk menyertai Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, serta AP GRC Ang Mo Kio - Encik Ang Hin Kee, Encik Darryl David, Encik Gan Thiam Poh, Dr Intan Azura Mokhtar dan Dr Koh Poh Koon - semasa hari pelancaran rasmi kelab masyarakat itu tadi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >