PM LEE: CDC perlu kekal jadi 'jambatan' antara penduduk dengan pemerintah

PERANAN Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) telah meluas sejak ia ditubuhkan dan ia perlu terus memberi sokongan kepada masarakat, terutama dalam sekitaran ekonomi yang tidak menentu dan ancaman pengganas sejagat.

Ia juga mesti kekal sebagai 'jambatan' antara pemerintah dengan penduduk, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"CDC bukan sahaja tangan dan kaki di akar umbi untuk melaksanakan program, malah juga mata dan telingai bagi mengenal pasti keperluan baru dan kekurangan dalam sistem bantuan pekerjaan dan sosial yang ada.

"Ia juga perlu menjadi jiwa dan minda untuk mengilhamkan idea baru bagi menganani isu-isu ini dan keprihatinan warga," kata Encik Lee.

Beliau menggesa CDC terus memberi sokongan kepada pekerja untuk mempertingkat kemahiran dalam ekonomi yang sedang menjalani penstrukturan semula, serta memperkukuh hubungan antara masyarakat, seperti menerusi SGSecure.

"Masyarakat kita perlu bersatu semasa krisis... kita hanya kukuh jika hubungan kita rapat dan kita saling mempercayai, walau kita berlainan latar belakang atau menanggotai kumpula etnik atau agama berbeza," kata Encik Lee.

CDC dibentuk pada 1997 bagi menggalas dua tanggungjawab utama - bantuan sosial dan bantuan pekerjaan.