Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee dan Presiden Jokowi bertemu dalam rahat pemimpin

Sep 06, 2017 | 07:36 PM



PRESIDEN Indonesia Joko Widodo akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia Khamis (7 Sep).



Rahat tersebut diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala kedua-dua negara. Sambutan itu diberi nama RISING50 (Republik Indonedia-Singapura50).



Singapura dan Indonesia menjalin hubungan diplomatik pada 7 September 1967. Kedua-dua negara juga merupakan anggota pengasas Asean pada tahun yang sama.



Pertemuan dua pemimpin itu menyusuli rahat pertama yang diadakan di Semarang pada 14 November tahun lalu.



Dalam satu kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata bahawa sempena sambutan tersebut, beberapa acara bertemakan ‘Rakan Dipercayai, Membangun Bersama’ (Trusted Partners, RISING together) telah dirancangkan.



Encik Lee dan Presiden Jokowi akan menanam pokok ‘RISING Tree’ di Hutan Pembelajaran di Kebun Bunga Singapura pagi esok.



Kedua-dua pemimpin juga akan memperkenal setem khas sambutan ulang tahun tersebut dan melancarkan buku RISING50 terbitan Kedutaan Indonesia di Singapura.



Mereka juga akan menyaksikan acara terbang lalu di kawasan Marina Bay South.



Sebanyak 20 pesawat F-16 – 10 daripada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 10 daripada Angkatan Udara Indonesia (TNI-AU) – akan bertemu di barat daya Singapura sebelum terbang lalu di kawasan itu dalam dua formasi termasuk angka ‘50’.



MFA berkata bahawa Encik Lee dan Presiden Jokowi akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, selain meninjau kemajuan hubungan dua hala. Mereka juga akan meneroka bidang kerjasama baru meliputi pelbagai sektor termasuk kerjasama ekonomi, kerjasama keselamatan dan pertukaran budaya.



“Kedua-dua pemimpin juga akan mengadakan perbincangan susulan daripada rahat 2016 dalam bidang tenaga, ekonomi digital, pelancongan dan latihan kemahiran,” kata PMO.



Sementara itu, beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) juga akan dimeterai dalam rangka lawatan Presiden Jokowi.



Ini termasuk dalam bidang pengurusan risiko bencana antara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan Penguasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, serta kerjasama pendidikan antara Kementerian Pendidikan (MOE) dengan Kementerian Pendidikan dan Budaya Indonesia.



Encik Lee dan Presiden Jokowi kemudian akan menghadiri Forum Pelaburan Singapura-Indonesia dan mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Perniagaan Indonesia-Singapura yang dibentuk pada 28 Julai lalu.



Presiden Jokowi ditemani isterinya, Cik Iriana Joko Widodo, dan beberapa menteri dan pegawai berpangkat menteri.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >