Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee dan Raja Abdullah II garis hubungan baik Sg-Jordan

Apr 17, 2016 | 09:37 PM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah diraikan dalam satu jamuan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II di Istana Al Husseineh pada tengah hari Ahad tadi.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, dalam pertemuan tersebut, Raja Abdullah dan Encik Lee menggariskan hubungan mesra antara Jordan dan Singapura.



Perdana Menteri juga merakamkan penghargaannya kepada kepimpinan Raja Abdullah dalam menyebarkan Mesej Amman dan dialog antara agama yang begitu penting di tengah-tengah persengketaan agama dan puak yang kian meruncing.



Pertemuan itu diadakan dalam rangka lawatan Encik Lee ke Timur Tengah dari semalam hingga Jumaat ini. Selain Jordan, Encik Lee juga bakal melawat Israel dan Palestin.



Dalam pada itu, PMO menambah, kededua pemimpin juga bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau termasuk perlunya kerjasama lebih rapat dalam usaha memerangi pengganasan seperti kumpulan militan IS.



Mereka juga bersetuju berkenaan perlunya perbincangan antara Israel dan Palestin disambung semula secepat mungkin dalam usaha mencapai huraian dua-negara.



Awal sebelum itu, kedatangan Encik Lee telah disambut oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Dr Abdullah Ensour dalam satu majlis rasmi.



Kededua pemimpin bersetuju untuk bekerjasama lebih rapat dalam program=program pembangunan keupayaan bagi menyokong usahaJordan membangunkan tenaga manusia  di negara itu.



Sehubungan dengan itu, Encik Lee berkata Singapura gembira untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang seperti latihan vokasional dan kemahiran, pengurusan air, kepimpin sektor khidmat awam dan perantaraan.



Pada masa yang sama, Dr Ensour juga memberi taklimat kepada Encik Lee mengenai kemajuan ekonomi di Jordan sambil menjemput syarikat-syarikat Singapura untuk merebut peluang yang terbuka hasil perjanjian dagangan bebas Jordan dengan beberapa buah negara.



Perdana Menteri Jordan dan isteri akan meraikan Encik Lee dan isteri, Cik Lee, dalam satu jamuan malam rasmi malam ini.



Pagi esok, Encik Lee akan mengadakan pertemuan sambil bersarapan dengan Ketua Penasihat Ehwal Agama dan Budaya, Putera Ghazi Bin Muhammad Bin Talal, sebelum meninggalkan Jordan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >