Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Puncak AS-DPRK

PM Lee dan Trump bertemu di Istana

Jun 11, 2018 | 12:52 PM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik DonaldTrump di Istana tengah hari tadi. (11 Jun)



Kedua pemimpin itu telah mengadakan perbincangan dua hala sebelum Presiden Trump dijamu dalam satu majlis makan tengah hari di Istana.



Jamuan itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri Encik Tharman Shanmugaratnam; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan; Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo; Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik John Bolton dan Ketua Kakitangan Rumah Putih, Encik John Kelly.



Presiden Trump tiba di Istana menggunakan kereta Presiden dikenali sebagai, The Beast, dan disertai konvoy lebih 30 kenderaan.



Kali terakhir PM Lee dan Presiden Trump bertemu ialah Oktober tahun lalu apabila PM Lee ke Rumah Putih di Washington, D.C.



Encik Trump tiba di Singapura malam kelmarin untuk menyertai sidang bersejarah dengan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.



Kedua-dua pemimpin dijadual bersidang di Hotel Capella di Sentosa esok.



Sidang Puncak ini adalah yang pertama antara seorang presiden Amerika dengan pemimpin Korea Utara, dan bakal berlangsung selepas ketegangan hubungan yang melonjak di Semenanjung Korea, berlatar belakangkan beberapa ujian peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea utara dan kempen 'tekanan maksimum' yang dipimpin Amerika untuk mengekang Pyongyang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >