Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Dasar pemilikan rumah beri warga taruhan dalam negara

Tolak andaian sesetengah pihak bahawa pajakan 99 tahun flat HDB sebagai tempoh sewa
Aug 25, 2018 | 05:30 AM



DASAR pemilikan rumah telah membolehkan setiap warga Singapura memiliki taruhan dalam negara dan telah meningkatkan mutu kehidupan kepada semua.



Menekankan demikian semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menolak hujah sebahagian pihak bahawa tempoh pajakan 99 tahun bagi flat HDB sebagai tempoh sewa yang diperpanjang, bukan penjualan.



Katanya, banyak hartanah privet juga mempunyai tempoh pajakan 99 tahun tetapi tiada sesiapa berhujah bahawa hartanah itu sekadar disewakan.



"Pemilik pajakan HDB mempunyai semua hak atas flat mereka seperti pemilik hartanah privet dengan pajakan sedemikian juga miliki.



"Malah, pemilik HDB menikmati keistimewaan tambahan - kerana flat HDB dipertingkat dari masa ke masa dengan pembiayaan pemerintah," kata beliau.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran buku Critical Issues in Asset Building in Singapore's Development suntingan Profesor Madya S. Vasoo dan Profesor Madya Bilveer Singh dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Nasional Singapura (NUS) di Rumah Alumni Yayasan Shaw NUS.



Beliau berkata pendekatan membina aset seperti menerusi pemilikan rumah dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menekankan etika kerja individu dan tanggungjawab peribadi yang disokong dasar dan sumber pemerintah.



Encik Lee berkata rakyat Singapura menyokong pendekatan itu dan sokongan itu adalah antara aset tidak ketara negara ini.



Menyentuh lebih lanjut tentang perumahan, Encik Lee berkata pemerintah sudah lama berusaha memastikan pemilikan rumah sebagai satu dasar utama nasional.



Ini kerana ia membolehkan setiap rakyat mempunyai kepentingan dalam negara, membolehkan mereka mengongsi perkembangan ekonomi dan membolehkan hampir setiap keluarga mempunyai aset besar meskipun jika mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.



"Hasilnya, kami telah mempertingkat kehidupan dengan ketara untuk semua. Kami telah mengelakkan kekurangan keperluan hidup dan kemiskinan yang keterlaluan yang sering dilihat walaupun dalam masyarakat yang kaya," kata beliau.



Tambah Encik Lee, pemerintah boleh mengamalkan dasar perumahan alternatif seperti yang digunakan negara lain.



Ini seperti membiarkan sebahagian besar soal perumahan kepada pasaran privet seperti di Hongkong, mengawal harga sewa seperti di San Francisco (di Amerika Syarikat), atau menyediakan flat sewa pada kadar bersubsidi kepada penyewa.



Namun, alternatif sedemikian tidak akan dapat mencapai hasil ekonomi dan sosial yang sama seperti pemilikan rumah, kata beliau.



Encik Lee berkata pemilikan rumah membolehkan pemilik mengambil tanggungjawab atas hartanahnya, mempunyai rancangan jangka panjang dan berusaha dengan terbaik untuk melindungi nilai hartanahnya menerusi penyenggaraan yang baik.



Satu lagi aset utama yang dimiliki rakyat Singapura adalah CPF, dengan simpanannya bertambah sepanjang tahun-tahun mereka bekerja, ujar Encik Lee.



Beliau berkata pemerintah membantu menambah simpanan CPF dengan memberi kadar faedah yang adil dan murah hati.



Pemerintah juga sekali-sekala menokok baki CPF sebagai 'hong bao' untuk rakyatnya, tambah beliau.



"Dengan cara ini, rakyat Singapura mempunyai cara berdisiplin untuk berjimat bagi masa depan dan menjaga komitmen kewangan utama dalam kehidupan," kata beliau.



Encik Lee berkata terdapat nilai dikongsi dan norma sosial tidak ketara lain, yang menyokong masyarakat dan perpaduan Singapura.



Ini termasuk komitmen rakyat terhadap kepelbagaian budaya, tradisi kerjasama tiga pihak dan sikap tiada toleransi terhadap rasuah - iaitu antara topik yang dibincangkan dalam buku yang dilancarkan itu.



"Aset tidak ketara ini menyatukan kita sebagai satu rakyat. Ia membolehkan masyarakat kita menyelesaikan masalah dan membuat kemajuan dalam cara yang sukar bagi orang lain ikuti," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >