Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee dianugerah $87,000 dalam kos saman fitnah TOC

Dana yang diterima akan diderma kepada badan amal
Oct 14, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi menganugerahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong lebih $87,000 dalam bentuk kos saman fitnah yang difailkan atas artikel yang disiarkan oleh wadah The Online Citizen (TOC).



Perintah bagi kos itu dikeluarkan selepas PM Lee memenangi kes saman fitnah ke atas Encik Terry Xu, ketua editor laman web sosio-politik, dan Cik Rubaashini Shunmuganathan, penulis warga Malaysia, berkaitan artikel yang disiarkan pada 15 Ogos 2019, lapor The Straits Times semalam.



Hakim Mahkamah Tinggi Audrey Lim bulan lalu telah memberikan ganti rugi sebanyak $210,000 kepada PM Lee.



Hakim mendapati artikel tersebut mengandungi fitnah, kerana ia menunjukkan PM Lee tidak jujur dengan ayahnya, perdana menteri pengasas Encik Lee Kuan Yew.



Artikel tersebut, berjudul "PM Lee's wife Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members" telah memetik pos Facebook adik PM Lee, Dr Lee Wei Ling.



Kiriman Dr Lee menetapkan bahawa Encik Lee Kuan Yew telah dipengaruhi PM Lee untuk mempercayai bahawa rumah keluarga mereka di 38 Oxley Road diwartakan oleh pemerintah, menyebabkan beliau mengubah wasiatnya untuk memberikan rumah itu kepada PM Lee.



Encik Xu telah berusaha untuk membuktikan bahawa kenyataan dalam artikel itu benar.



Namun, kenyataan itu ditolak Hakim Lim yang menyatakan beliau tidak dapat menerima kesimpulan Xu bahawa PM Lee, dengan motif tersembunyi, mempengaruhi Encik Lee Kuan Yew supaya percaya rumah itu diwartakan.



Sebaliknya, Encik Lee Kuan Yew mungkin mewariskan rumah itu kepada PM Lee selepas mendapat tahu tentang pandangan anggota kabinet dan anak-anaknya yang lain tentang perkara tersebut supaya PM Lee dapat menguruskan sebarang isu politik atau awam yang berkaitan.



Hakim Lim mendapati bahawa reputasi PM Lee terjejas oleh kepalsuan dalam artikel tersebut.



Hakim memberikan PM Lee $160,000 sebagai ganti umum dan $50,000 sebagai ganti rugi bagi keadaan yang lebih teruk.



Cik Rubaashini tidak hadir di mahkamah untuk membela dirinya daripada saman tersebut dan keputusan penghakiman langsung berpihak kepada PM Lee yang diwakili Peguam Kanan Davinder Singh.



Perbicaraan diadakan semalam untuk menentukan kos yang biasanya akan diberikan kepada pihak yang menang dalam kes saman sivil.



Peguam Xu, Encik Lim Tean kemudiannya mengeluarkan kiriman di laman Facebooknya bahawa anak guamnya itu diminta membayar kos $87,832.93 dan meminta derma untuk mengumpulkan jumlah tersebut minggu ini.



Dalam memberikan responsnya kepada pihak media, Setiausaha akhbar PM Lee menekankan bahawa beliau akan mendermakan wang yang diterimanya daripada memenangi kes itu kepada badan amal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >