Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee diberi kos guaman $87,000 dalam kes saman fitnah editor, penulis laman TOC

Oct 13, 2021 | 04:46 PM



MAHKAMAH Tinggi pada Rabu (13 Oktober) telah menyampaikan lebih $87,000 dalam bentuk kos guaman kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di atas saman fitnah yang beliau kenakan bagi satu rencana yang diterbitkan di laman The Online Citizen (TOC).



Perintah kos itu diberi susuli kemenangan PM Lee dalam kes tersebut yang membabitkan ketua editor laman sosiopolitik TOC, Encik Terry Xu, dan penulis rencana berkenaan yang berasal dari Malaysia, Cik Rubaashini Shunmuganathan. Rencana itu diterbitkan pada 15 Ogos 2019.



Hakim Mahkamah Tinggi, Cik Audrey Lim, pada bulan lalu telah menyampaikan kos ganti rugi $210,000 kepada PM Lee.



Beliau mendapati rencana itu merupakan satu fitnah kerana ia memberi gambaran bahawa PM Lee tidak jujur dengan bapanya, perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew.



Rencana bertajuk "PM Lee's wife Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members" telah menukil satu pos Facebook oleh adik PM Lee, Dr Lee Wei Ling.



Pos Dr Lee menegaskan bahawa Encik Lee Kuan Yew telah diperdaya PM Lee untuk mempercayai bahawa rumah keluarga mereka di 38 Oxley Road telah diwartakan oleh pemerintah, menyebabkan dirinya mengubah wasiat untuk memberi rumah itu kepada PM Lee.



Encik Xu meminta bagi menegakkan dakwaan dalam rencana itu sambil mengatakan ia adalah benar.



Pembelaan dirinya ditolak Hakim Lim yang mengatakan beliau tidak dapat menerima andaian Encik Xu bahawa PM Lee mempunyai niat tersembunyi dan memperdaya Encik Lee Kuan Yew agar mempercayai rumah itu telah diwartakan.



Hakim Lim berkata sebaliknya, bukti yang ada menunjukkan bahawa PM Lee menyokong hasrat Encik Lee Kuan Yew bagi merobohkan rumah itu kerana beliau mahu menghormati permintaan bapanya.



Hakim Lim juga menambah PM Lee telah memaklumkan kepada Encik Lee Kuan Yew bahawa kemungkinan Kabinet akan memulihara rumah tersebut jika perihal ini kelak diutarakan.



Justeru, kemungkinannya lebih berpihak pada situasi di mana Encik Lee Kuan Yew, selepas mengetahui niat Kabinet dan mendapatkan pandangan anak-anaknya mengenai perkara ini telah mewasiatkan rumah itu kepada PM Lee untuk beliau uruskan sebarang isu politik atau awam mengenainya, jelas Hakim Lim.



Beliau juga mendapati reputasi PM Lee telah dicemari oleh kepalsuan dalam rencana itu.



Hakim menganugerahkan $160,000 sebagai ganti rugi umum dan $50,000 sebagai ganti rugi situasi yang diburukkan.



Encik Lee boleh mendapatkan $160,000 itu daripada Encik Xu atau Cik Rubaashini tetapi Encik Xu diminta membayar ganti rugi situasi yang diburukkan sebanyak $50,000.



Cik Rubaashini tidak hadir bagi membela dirinya dan penilaian hakim justeru berpihak pada PM Lee yang diwakili peguam pembela kanan, Encik Davinder Singh.



Pada Rabu, satu perbicaraan diadakan bagi menentukan kos, yang biasanya dianugerahkan bagi litigan yang berjaya dalam kes saman sivil.



Peguam Encik Xu, Encik Lim Tean kemudian memuatnaikkan pos di laman Facebook-nya dengan mengatakan bahawa anak guamnya diarah membayar kos $86,832.93 dan memohon derma orang ramai bagi jumlah tersebut minggu ini.



Setiausaha akhbar PM Lee, dalam respons kepada media, mengulangi kenyataan bahawa PM Lee akan menyumbang wang tersebut kepada kebajikan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >