Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee diberi vaksin Covid-19

Jan 08, 2021 | 01:15 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menerima vaksin Covid-19 pagi Jumaat (8 Jan) sedang Singapura memulakan langkah memberikan vaksin kepada kakitangan institusi penjagaan kesihatan awam.

 

Selain Encik Lee, pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak dan 88 kakitangan penjagaan kesihatan lain dari Hospital Besar Singapura (SGH) turut menerima vaksin tersebut sebentar tadi.


“(Vaksin ini) tak sakit, berkesan dan penting,” kata Encik Lee kepada pihak media selepas dipantau selama 30 minit menyusuli pemberian vaksin tersebut.


“Saya harap warga Singapura akan mendapatkan vaksin ini sebaik ia diberikan secara lebih meluas,” katanya.


Encik Lee berada di SGH untuk menyaksikan proses memberikan vaksin Covid-19 kepada kakitangan penjagaan kesihatan dan berkata beliau mengambil peluang untuk mendapatkan vaksin sendiri pada masa yang sama. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >