Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee disambut dalam upacara gilang-gemilang di Mongolia

Jul 14, 2016 | 11:18 AM



ULAANBAATAR: Bendera Singapura dan Mongolia berkibar-kibar di Medan Chinggis Khaan pada pagi Khamis (14 Julai) apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong disambut dengan permaidani merah di ibu negara Mongolia ini.



Encik Lee, yang berada dalam hari kedua lawatan empat hari ke Mongolia, disambut oleh Perdana Menteri Jargaltulga Erdenebat dalam satu upacara gilang-gemilang.



Barisan kawalan kehormat berpakaian seragam istiadat berwarna merah dan biru bendera Mongolia, dan memakai topi Duulga, berdiri tegak di depan sebuah monumen Genghis Khan, bapa pengasas empayar Mongol.



Terdapat juga pengawal barisan kawalan kehormat dalam pakaian seragam askar tradisional, di atas kuda.



Beberapa warga Singapura yang tinggal di Mongolia hadir untuk menyambut Encik Lee serta isteri beliau, Cik Ho Ching, dan berteriak: "Kami sayang anda, Lee Hsien Loong."



Kemudian, Encik Lee memeriksa barisan kawalan kehormat dan menuju ke Istana Negara, tempat beliau dijadual bertemu Encik Erdenebat, Presiden Tsakhia Elbegdorj dan Speaker Parlimen Miyeegombo Enkhbold.



Encik Lee juga akan dijamu makan tengah hari oleh Encik Erdenebat.



Lawatan rasmi Encik Lee ke Mongolia adalah yang pertama oleh seorang Perdana Menteri Singapura.



Pada Rabu (13 Jul), beliau menghadiri satu majlis di Ulaanbaatar dan bertemu rakyat Singapura yang tinggal dan bekerja di Mongolia.



Kira-kira 20 rakyat Singapura tinggal di Mongolia, kebanyakan dalam bidang pendidikan.



Pada majlis itu, Encik Lee berkata Singapura ingin meningkatkan perdagangan dengan Mongolia. Perdagangan dua hala sekarang sederhana, berjumlah hanya $64 juta tahun lalu.



Semasa di Ulaanbaatar, Encik Lee juga akan menghadiri Sidang Puncak Asia-Eropah pada Jumaat dan Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >