Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee disambut di Canberra dengan penghormatan 19 das tembakan

Oct 12, 2016 | 10:10 AM



CANBERRA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong tiba di Canberra pada Selasa (11 Okt) petang, bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Perdana Manteri Australia, Encik Malcolm Turnbull.



Tidak lama selepas mendarat, Encik Lee menyiarkan di Facebook sebuah video yang seorang pelajar Avondale Grammar School, sebuah sekolah antarabangsa Australia di Phoenix Park di Singapura, hantar kepadanya.



Memberi respons kepada cadangan kanak-kanak itu mengenai tempat-tempat yang beliau harus lawati, Encik Lee berkata: "Saya suka menarik PM Malcolm Turnbull untuk pergi ke pantai dan makan ais krim bersama-sama, dan melawat Uluru, Sydney, Melbourne dan Pulau Rottnest. Malangnya, kami akan sibuk bekerja."



Pada pagi Rabu, Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Chin, disambut di Bangunan Parlimen oleh Encik Turnbull dan para pegawai lain, dengan penghormatan 19 das tembakan.



Di bawah protokol tentera Australia, penghormatan itu dikhaskan bagi pegawai kerajaan negara, marsyal lapangan dan yang setaraf.



Penghormatan 21 das tembakan dikhaskan untuk ketua negara.



Encik Lee kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan dan pancaragam, yang seterusnya memainkan lagu kebangsaan kedua-dua negara, Majulah Singapura dan Advance Australia Fair.



Australia dan Singapura telah memeterai Perkongsian Strategik Menyeluruh yang meliputi pelbagai bidang, termasuk pertahanan, perdagangan, inovasi dan hubungan rakyat dengan rakyat.



Dalam lawatan ini, dua pemimpin itu akan menyaksikan majlis menandatangani bahagian pertama inisiatif di bawah kerjasama tersebut - meliputi latihan ketenteraan, perdagangan, inovasi dan sains, dan kerjasama penguatkuasaan undang-undang.



Encik Turnbull berkata dalam satu kenyataan: "Lawatan ini akan menyerlahkan perkongsian kukuh Australia dengan Singapura, yang diasaskan pada ekonomi saling melengkapi, masyarakat pelbagai budaya dan kepentingan bersama dalam keamanan dan kemakmuran serantau."



Encik Lee berkata: "Australia salah satu rakan kami yang paling lama, dan kami berkongsi hubungan mesra. Tidak sabar menanti lawatan ini!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >