Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, DPM Heng ucap tahniah kepada pemimpin HK, China

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam mengucapkan tahniah kepada pemimpin China dan Hong Kong, sedang Hong Kong meraikan ulang tahun ke-25 penguasaan semula China ke atas bandar itu.



Dalam surat kepada presiden China, Encik Xi Jinping, Encik Lee berkata Hong Kong telah meraih manfaat dan telah menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan China di bawah rangka kerja "satu negara, dua sistem'.



"Dengan sokongan pemerintah pusat, saya yakin Hong Kong akan terus berkembang maju pada tahun-tahun mendatang, dan mendapat manfaat daripada banyak peluang ekonomi yang dicipta oleh integrasi rapatnya dengan tanah besar (China)," katanya.



Dalam surat itu, Encik Lee juga berkata kepada Encik Xi bahawa sebagai bandar global di rantau masing-masing, Singapura dan Hong Kong menikmati hubungan rapat.



Singapura juga mempunyai hubungan luas dan erat dengan China.



"Perkongsian erat antara Singapura dengan China ini telah berkembang mengikut peredaran zaman. Kerjasama kita terus berkembang, termasuk projek pemerintah dengan pemerintah serta di peringkat negeri," ujarnya.



Encik Lee menambah, Singapura juga telah menyokong strategi pembangunan serantau China, termasuk di Guangdong-Hong Kong-Macao Kawasan Greater Bay (GBA).



"Projek bersama kita seperti China-Singapura Bandar Pengetahuan Guangzhou dan Inisiatif Bandar Bijak Singapura-China (Shenzhen) akan menyumbang kepada pertumbuhan berasaskan pengetahuan dan inovasi di GBA," katanya.



Encik Lee yakin bahawa Singapura dan China akan mengekalkan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.



"Singapura berharap untuk terus bekerjasama dengan Hong Kong untuk mencipta peluang baru buat rakyat kita dan meningkatkan kerancakan rantau kita," ujarnya lagi.



Dalam surat berasingan kepada ketua eksekutif Hong Kong yang baru, Encik John Lee, Encik Heng berkata Hong Kong telah lama menunjukkan semangat keusahawanan dan inovasi.



"Ia juga sebuah bandar terkenal dengan ketabahan yang gigih dalam menghadapi kesukaran.



"Kita telah melihat ini dalam tempoh 25 tahun lalu, kerana dari masa ke masa, Hong Kong telah berjaya mengatasi cabaran sebelum ini, dan muncul lebih kuat dan lebih berdaya tahan," ujar Encik Heng.



Beliau melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Encik John Lee, dan dengan sokongan padu pemerintah pusat, "Hong Kong akan menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran, dengan 'satu negara, dua sistem' sebagai rangka kerja panduannya".



"Singapura berharap untuk terus meluaskan perkongsian kita dengan Hong Kong di bawah kepimpinan anda, termasuk di Guangdong-Hong Kong-Macao Kawasan Greater Bay dan Inisiatif Belt and Road, demi manfaat bersama rakyat kita," katanya kepada Encik John Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >