Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, DPM Wong tidak umum penangkapan Iswaran kerana ia perihal operasi CPIB: PMO

Pejabat Perdana Menteri arah pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) keluarkan arahan pembetulan kepada Political Sophistry yang dakwa PM Lee, DPM Wong sengaja sembunyikan perkara benar; Political Sophistry patuh arahan
Jul 20, 2023 | 08:53 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong tidak mendedahkan Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran ditangkap apabila mereka bercakap tentang siasatan  Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 12 Julai kerana mendedahkan maklumat sedemikian adalah keputusan yang harus dibuat oleh CPIB.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis, berkata CPIB yang selalunya mengeluarkan maklumat mengenai individu yang ditangkap berhubung siasatanya, bukan menteri.

PMO berkata demikian dalam kenyataannya untuk memaklumkan blog dalam talian Political Sophistry telah diarah menerbitkan makluman pembetulan di bawah undang-undang ke atas berita palsu, berhubung artikelnya mengenai siasatan CPIB ke atas Encik Iswaran.

Artikel itu, yang berjudul “Upfront and transparent” A timeline of the CPIB investigation into Transport Minister Iswaran” atau “Jujur dan terbuka” Garis masa siasatan CPIB ke atas Menteri Pengangkutan Iswaran” secara palsu mengemukakan dua perkara, kata PMO.


Pertama, pada 12 Julai, Encik Lee dan DPM Wong tidak mendedahkan fakta mengenai penangkapan Encik Iswaran kerana ia mengaibkan dari sudut politik.

Kedua, semasa wawancara dengan wartawan pada 12 Julai, DPM Wong secara sengaja menyimpan maklumat Encik Iswaran dan jutawan Encik Ong Beng Seng telah ditangkap berhubung kes itu kerana beliau hendak menyembunyikan perkara benar.

PMO berkata kededua kenyataan Encik Lee dan hujah DPM Wong semasa wawancara selaras dengan apa yang diumumkan CPIB lebih awal dari itu.

CPIB dalam kenyataan pada 12 Julai, berkata Encik Iswaran sedang membantu siasatan yang telah dikesannya. Ia tidak memberikan butiran mengenai jenis siasatan itu.

Memberi respons kepada pertanyaan media, agensi antirasuah negara itu, pada 14 Julai, berkata Encik Iswaran dan Encik Ong telah ditangkap pada 11 Julai dan menyusuli itu, dibebaskan dengan ikat jamin.

PMO berkata Encik Lee dan DPM Wong tidak mahu mengemukakan hujah yang berlainan daripada inti pengumuman CPIB dalam kenyataannya itu kerana ia berhubung perihal operasi. 

“Menangkap seseorang yang sedang disiasat ialah keputusan operasi yang diambil oleh CPIB. Tambahan pula, keputusan untuk mendedahkan kepada pihak awam seseorang telah ditangkap berhubung siasatan yang dijalankan dan bila maklumat itu diberitahu kepada pihak awam adalah keputusan yang dibuat oleh CPIB.” 

Berpandukan pandangan tersebut, kenyataan Encik Lee pada 12 Julai dan hujah DPM Wong semasa wawancara media pada hari yagn sama selaras dengan kandungan kenyataan akhbar CPIB pada 12 Julai, kata PMO.

“Justeru, adalah tidak benar Encik Lee atau DPM Wong tidak mahu mendedahkan fakta mengenai penangkapan Menteri Iswaran kerana ia mengaibkan dari sudut politik; atau DPM Wong sengaja menyimpan maklumat berhubung penangkapan itu kerana beliau ingin menyembunyikan perkara yang benar,” kata PMO, menambah. 

“Ia juga bukan kes di mana Encik Lee dan DPM Wong mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendedahkan maklumat sedemikian.”

PMO berkata menteri harus membiarkan CPIB bebas membuat keputusan berhubung perihal mengeluarkan maklumat operasi.

“CPIB harus diberikan masa dan ruang yang diperlukan untuk menjalankan siasatan yang sewajarnya, terperinci dan bebas,” kata PMO.

Menteri di PMO, Cik Indranee Rajah memberi arahan kepada pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada Political Sophistry.

Sebagaimana yang diperlukan, blog itu telah menerbitkan makluman pembetulan di kepala artikel dan di bahagian atas laman web. 

Ini supaya pembaca boleh membaca kededua versi artikel dan membuat keputusan sendiri, kata PMO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >