Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Dunia harus amal pendekatan inklusif bagi tangani ketidaksamaan

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



SEDANG dunia bersiap sedia menghadapi pandemik dan krisis akan datang dengan membangunkan ekonomi berdaya tahan, mereka juga mesti mengamalkan pendekatan inklusif.



Ini demi menangani ketidaksamaan yang telah ditonjolkan semasa berlakunya penularan wabak Covid-19 sekarang, di samping memastikan tiada siapa yang ketinggalan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Beliau berkata demikian dalam satu catatan Facebooknya semalam sebagai mengulas perbincangan yang dihadirinya di Dialog Pemimpin Majlis Penasihat Perniagaan Apec (ABAC) petang kelmarin.



Dalam perbincangan itu, Encik Lee berkata pemulihan pandemik menjadi keprihatinan dan kebimbangan utama. Namun, peserta dialog juga membincangkan isu kemampanan dan bagaimana meluaskan pendigitalan di rantau Asia Pasifik.



"Kita mesti bersiap sedia menghadapi pandemik dan krisis masa depan dengan membangunkan ekonomi berdaya tahan. Namun, pandemik Covid-19 juga telah menonjolkan dan menyerlahkan ketidaksamaan yang sedia ada. Kami menegaskan semula keperluan mengambil pendekatan lebih inklusif dalam isu sebegini supaya tidak ada yang ketinggalan. Kerjasama serantau dan pendekatan berdasarkan penduduk akan menjadi genting untuk menangani secara berkesan kepada cabaran bersama kita dan untuk kita terus makmur bersama," ujar beliau.



Encik Lee turut menarik perhatian bahawa ABAC wadah baik untuk mendengar daripada pemimpin perniagaan mengenai keutamaan dan keprihatinan mereka.



Kelmarin, berucap di sidang puncak CEO Kumpulan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Encik Lee berkata blok itu boleh mengetuai usaha dalam memberi respons bersepadu sejagat dalam mengurus peralihan digital. Sidang puncak Apec, yang merangkumi 21 negara, sepatutnya diadakan di Auckland, New Zealand, tetapi telah dipindahkan dalam talian kerana Covid-19.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, dijadual menyertai sidang Apec dan memberi ucapan mereka lewat semalam.



"Penyertaan Presiden (Joe Biden) menunjukkan komitmen Amerika kepada rantau Indo-Pasifik dan kerjasama pelbagai hala," kata satu kenyataan Rumah Putih.



Kementerian Luar China juga telah mengesahkan bahawa Encik Xi akan berucap dalam mesyuarat Apec melalui video.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >