PM Lee: Ekon S'pura dijangka tumbuh lebih baik berbanding tahun lalu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PM Lee: Ekon S'pura dijangka tumbuh lebih baik berbanding tahun lalu

Aug 20, 2017 | 08:18 PM

EKONOMI Singapura dijangka mencatat pertumbuhan lebih baik berbanding tahun lalu, dengan paras gaji dan daya penghasilan negara terus mencatat peningkatan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Berucap dalam bahasa Inggeris bagi Rapat Hari Kebangsaan yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal di Ang Mo Kio Drive, beliau berkata:

"Tahun lalu, penghasilan negara meningkat 1 peratus selepas beberapa tahun mencatatkan pertumbuhan hampir sifar. Tahun ini, kita akan mencatat kemajuan lebih baik lagi.

"Ini penting kerana daya penghasilan adalah kunci kepada kemakmuran kita, dan ini menyumbang kepada gaji lebih tinggi," ujarnya.

Ekonomi Singapura dijangka mencatat pertumbuhan 2.5 peratus tahun ini - berbanding 2 peratus pada 2016.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bagi memastikan ekonomi republik ini terus berkembang, Pemerintah akan terus memberi tumpuan kepada pelbagai daya usaha yang telah dilakar dan sedang dilaksanakan.

Antara lain kata beliau, adalah pelaksanaan strategi yang digariskan Majlis Ekonomi Masa Depan yang diterajui Menteri Kewangan Heng Swee Keat, yang turut melibatkan penyertaan penuh kesatuan sekerja dan majikan.

"Bersama-sama, kita sedang melaksanakan Peta Pembentukan Semula Perusahaan (ITM), dari satu perusahaan ke satu perusahaan lainnya.

"Kami juga akan terus melaksanakan daya usaha SkillsFuture, bagi mempersiapkan semua orang dengan kemahiran yang perlu untuk menghadapi cabaran masa depan.

"Di samping itu juga, kami akan terus membantu pekerja dan karyawan yang hilang pekerjaan mereka dengan melatih dan memberi mereka dengan kemahiran baru agar dapat ditawarkan pekerjaan baru.

"Sekiranya kita kekal di laluan ini, kita boleh mewujudkan pekerjaan dan peluang yang lebih baik untuk pekerja kita dan perniagaan kita.

"Kesemua keutamaan ini adalah penting; dan kita akan terus memberi tumpuan terhadapnya," kata Encik Lee yang selanjutnya menyentuh tiga perkara utama - memerangi penyakit kencing manis, memperkukuh pendidikan prasekolah dan pembentukan Negara Bijak.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map