Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ekonomi perlu masa untuk pulih

Beliau berkata lawatan ke luar negara mungkin tidak akan kembali normal tahun depan; Vaksin Covid-19 ambil masa hingga 2022 sebelum dilaksana secara meluas
Nov 20, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih dari pandemik Covid-19, dengan lawatan ke luar luar negara mungkin tidak akan kembali normal tahun depan.



Bahkan, jika pun terdapat vaksin Covid-19 awal tahun depan, ia akan mengambil masa pada 2022 bagi ia dilaksanakan dengan berleluasa agar penduduk dunia akan melihat kesan pengurangan penyebaran wabak itu, tambah beliau.



Justeru, beliau menggalak para peniaga untuk melihat ke hadapan dan tidak ke belakang dengan jangkaan keadaan akan kembali seperti sebelum Covid-19.



Encik Lee mengongsi pandangan beliau dalam satu sesi dialog dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Ho Meng Kit, dalam Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).



"Dalam keadaan ini, peniaga harus melihat ke hadapan dan tidak ke belakang seperti keadaan dulu. Covid-19 akan mempunyai kesan yang besar terhadap semua perniagaan - ada yang lebih baik, adalah yang lebih buruk. Buatkan penilaian objektif mengenai apakah maknanya kepada perniagaan anda dan bagaimana anda boleh maju ke hadapan. Anda perlu menyesuaikan diri, merombak, membetulkan saiz perniagaan, membuat keputusan yang sukar tetapi jagalah kakitangan anda dan ingatlah bahawa mereka merupakan pihak yang berkepentingan dan sumber penting bagi diri anda," jelas beliau.



Beliau tidak jangkakan lawatan ke luar negara kembali normal tahun depan dan ia mungkin mengambil masa dua tahun.



Namun, beliau akur Singapura tidak boleh menutup sempadan selamanya.



"Kita perlu trafik, kita perlu perniagaan dan orang untuk ke luar negara. Jadi, kita akan terdedah dengan dunia luar dan Covid-19 berlaku di seluruh dunia. Kita boleh jangkakan kes akan terus berlaku tetapi kita harus berhati-hati dalam menanganinya. Kita sedang cuba bekerja keras mengelak penularan kedua secara besar-besaran dan mempunyai tempoh pemutus rantaian kedua," ujarnya.



Jika berlaku, beliau berkata ia akan mempunyai kesan psikologi terdapat penduduk yang akan merasa kecewa yang amat sangat.



Oleh itu, langkah keselamatan yang dilaksanakan akan terus dilaksanakan bagi mengekang penularan itu dengan banyak.



"Jika pun terdapat vaksin awal tahun depan, setelah ia dilaksanakan dengan berleluasa kepada penduduk dan mempunyai kesan memperlahankan penyebaran wabak, ia mungkin 2022," katanya.



Singapura, tambah Encik Lee, telah dapat mengawal wabak itu dengan baik dan penyebaran kes baru dalam masyarakat hampir mencapai sifar sejak beberapa hari lalu.



"Perniagaan tidak sabar dengan pembukaan semula ekonomi akhir tahun ini, atau tahun depan. Kita sedang melakukan pemadanan kerja, dan pada akhirnya hotel dan F&B (makanan dan minuman) menggajikan pekerja baru," katanya.



Beliau menambah perniagaan hiburan dan pelancongan paling tidak sabar untuk dibuka semula tetapi ia mencabar walaupun mereka sedang cuba menguji cara-caranya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >