Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ekonomi S’pura jangka tumbuh sihat, namun boleh dijejas ketegangan dagang

Apr 30, 2018 | 06:54 PM



SINGAPURA boleh menjangkakan pertumbuhan ekonomi sihat tahun ini, tetapi prospek ekonomi global boleh dikeruhkan dengan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam amanat Hari Buruhnya semalam, PM Lee berkata Singapura sedang memerhatikan perkembangan ini dengan rasa khuatir kerana perdagangan ialah nadi ekonomi negara ini.



“Perang dagang akan menjejas sistem perdagangan antarabangsa yang telah mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia selama berdekad-dekad.



“Walau apa pun berlaku di peringkat antarabangsa, kita di dalam negara harus bersatu hati sebagai sebuah Pasukan Singapura supaya pekerja dijaga dan kita sentiasa bersedia untuk memanfaatkan setiap peluang mahupun berdepan dengan sebarang kegenjotan yang timbul,” ujar PM Lee.



Katanya lagi, tahun lalu, Singapura mencapai pertumbuhan ekonomi Singapura 3.6 peratus – satu pencapaian baik bagi sebuah ekonomi maju. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >