PM Lee: Ekonomi S’pura tumbuh 3.3% pada 2018, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PM Lee: Ekonomi S’pura tumbuh 3.3% pada 2018

Dec 31, 2018 | 07:08 PM

EKONOMI Singapura tumbuh 3.3 peratus pada 2018 – lebih baik daripada yang dijangka dan serupa dengan pertumbuhan 2017 iaitu 3.5 peratus – kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Menggesa warga Singapura bekerjasama dengan penjawat politik lebih muda untuk membentuk ‘pasukan terbaik bagi Singapura’, Encik Lee, dalam amanat tradisi sempena Tahun Baru, berkata Singapura tidak mampu berpecah-belah dan harus bersatu menghadapi prospek ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Model tadbir urus kita agak luar biasa dan telah memanfaatkan kita. Ia telah membolehkan Singapura memanfaatkan sepenuhnya apa yang kita ada dan menonjol dalam dunia yang penuh persaingan sengit.

“ Politik Singapura tidak mampu dipecah belahkan oleh para pesaingnya, pihak-pihak yang cuba beradu dan puak-puak yang sering dilihat di tempat lain,” kata Encik Lee.

“Sebaliknya, rakyat Singapura mesti bersatu padu dan bahu-membahu dengan tegas untuk memperkuat dan memperbaharui kompak sosial kita,” tambah beliau.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ekonomi Singapura dijangka berkembang antara 1.5 dengan 3.5 peratus tahun ini, kata Encik Lee, merujuk kepada ramalan yang diterbitkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) baru-baru ini, walau beliau akur ada ketidaktentuan utama dalam ekonomi dunia.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map