Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ekonomi SG dijangka tumbuh hampir 3%

Perdana Menteri kongsi penilaian dalam ucapan kepada warga S'pura sempena lawatan ke AS
Oct 24, 2017 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura dijangka tumbuh hampir 3 peratus tahun ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Beliau berkongsi penilaian positif mengenai pertumbuhan ekonomi negara ini dalam ucapan ringkas kepada lebih 250 warga Singapura yang tinggal di Washington dan kawasan sekitaran dalam majlis jamuan di Kedutaan Singapura di Amerika Syarikat.



Encik Lee berkata demikian berlatar anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan bulan ini, yang meramalkan pertumbuhan tahun-ke- tahun sebanyak 4.6 peratus bagi suku ketiga tahun ini.



Menurut Encik Lee, ini disebabkan kelakonan kukuh sektor perkilangan, dan dengan sektor perkhidmatan menunjukkan kelakonan memadai.



Pemerintah, pada Ogos lalu, telah menyemak ramalan pertumbuhan bagi 2017 kepada antara 2 dengan 3 peratus, dan Encik Lee semalam berkata:



"Saya jangka ia (pertumbuhan) akan berlaku di bahagian atas julat ini kerana hasil suku ketiga kelihatan amat baik dan saya berharap ia akan berterusan."



Walau sektor perkhidmatan tidak sekukuh yang dimampui dan pertumbuhan sektor binaan perlahan, Encik Lee berkata sektor binaan boleh dirangsang - "jika perlu menambah pembinaan, kita boleh menambah pembinaan".



Menjelang pertemuan Encik Lee dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tengah hari nanti (tengah malam, 24 Oktober, waktu Singapura), Encik Lee, yang sedang mengadakan lawatan enam hari ke Amerika, turut menekankan hubungan kukuh Singapura dengan Amerika - yang meluas, daripada ekonomi kepada pertahanan dan keselamatan, selain pendidikan, budaya dan seni.



"Perkara ini diteruskan, tidak kira siapa ada di Rumah Putih, tidak kira pentadbiran mana yang berkuasa atau parti apa yang berada dalam pentadbiran ini," kata Encik Lee.



"Juga, adalah penting kami membangunkan hubungan bekerja dengan pegawai kanan dalam setiap pentadbiran supaya mereka mengenali kita, untuk kita memahami mereka, menghargai perspektif mereka dan supaya kita dapat bekerjasama dan memajukan hubungan ini."



Selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Encik Trump, Encik Lee akan meneruskan perbincangan di acara jamuan tengah hari yang turut disertai anggota kanan Rumah Putih dan setiausaha kabinet.



Hubungan dengan Amerika melibatkan pertaruhan tinggi, kata Encik Lee, yang berkata Amerika adalah faktor besar dalam rantau ini dan adalah penting mengetahui pemikirannya dan hala tuju sebarang perkembangan.



Dalam pada itu, Encik Lee juga menekankan bahawa adalah penting Singapura berkongsi pendapatnya kepada perniagaan di Amerika dan pemimpin pendapat, supaya mereka lebih memahami perkara yang berlaku di Asia.



Berkenaan ekonomi Singapura, Encik Lee berkata satu aspek sukar adalah keperluan berusaha mempertingkat produktiviti, terutama dalam sektor perkhidmatan.



"Adalah amat sukar bagi penggunting rambut menggunting rambut anda 20 peratus lebih pantas daripada tahun lalu," kata Encik Lee.



"Namun, kita inginkan penggunting rambut dapat mempertingkat hidup mereka dan meraih pendapatan lebih baik.



"Kita perlu berusaha dalam perkara ini dengan sabar, mengikut sektor," kata Encik Lee.



Beliau menambah bahawa terdapat 23 perancangan perubahan industri yang kini dibentangkan untuk membantu menambah produktiviti.



Jika kededua pihak - pekerja dan syarikat - meneruskan usaha dalam perkara ini, "kita boleh mendapat pekerjaan lebih baik untuk orang kita, dan jaminan yang lebih baik bahawa mereka boleh mendapat pekerjaan yang bagus", ujar beliau.



Laporan lain: Peranan Amerika dalam ekon Asia antara agenda lawatan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >