Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:15
Isyak
8:30
Setempat

Lawatan PM ke Washington

PM Lee: Ekonomi S'pura dijangka tumbuh hampir 3% tahun ini

Oct 23, 2017 | 10:18 AM

Ekonomi Singapura dijangka tumbuh hampir 3 peratus tahun ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, pada Ahad (Isnin, 23 Oktober, waktu Singapura).

Beliau berkongsi penilaian positif tentang ekonomi negara itu dalam ucapan ringkas kepada lebih 200 warga Singapura yang tinggal di Washington, di jamuan kecil di Kedutaan Singapura di Amerika Syarikat.

Ramalan itu dibuat berlatar anggaran yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan bulan ini, yang menunjukkan pertumbuhan dari tahun ke tahun bagi suku ketiga tahun ini adalah 4.6 peratus.

Menurut Encik Lee, perkembangan ini disebabkan kelakonan kukuh yang ditunjukkan sektor perkilangan, dan menambah bahawa sektor perkhidmatan juga menunjukkan kelakonan yang memadai.

Ogos lalu, Pemerintah menyemak semula anggaran pertumbuhan bagi 2017 menjadi antara dua dengan tiga peratus; dan Encik Lee berkata ia menjangka angka pertumbuhan penuh berada di bahagian atas julat ini.

Encik Lee kini sedang mengadakan lawatan kerja rasmi enam hari ke Amerika, di mana beliau akan bertemu Presiden Donald Trump dan pegawai pentadbiran utama.

Beliau juga akan menyertai dua dialog - di Kelab Ekonomik Washingtong DC dan di Majlis Hubungan Luar.

Syarikat penerbangan Singapura juga akan menandatangani persetujuan $19 bilion dengan Boeing untuk sekurang-kurangnya 39 pesawat, semasa lawatan ini. Perjanjian itu akan mencipta banyak pekerjaan, kata Encik Lee.

Dalam pada itu, Encik Lee memberitahu warga Singapura bahawa hubungan Singapura dengan Amerika adalah dalam pelbagai bidang dan ini berterusan walah pentadbiran berubah.

Adalah penting juga, bagi pemimpin Singapura berkenalan dengan pegawai utama dalam setiap pentadbiran, kerana ada banyak pertaruan dalam hubungan antara Singapura dengan Amerika.

Amerika adalah faktor besar dalam rantau ini dan adalah penting untuk mendapat tahu pemikiran dan perkara yang mengundang perhatiannya.

Encik Lee berkata, walau ekonomi Singapura kini lebih baik, satu perkara sukar yang perlu diusahakan adalah untuk memperbaiki produktivit.

"Kita perlu berusaha dengan sabar, dari sektor ke sektor lain," kata Encik Lee, yang turut menekankan bahawa 23 rancangan perubahan sektor sedang dibentangkan bagi tujuan ini.

Usaha ini akan membantu dalam 'mencipta pekerjaan lebih baik untuk orang kita' dan adalah jaminan lebih baik bahawa mereka akan memiliki pekerjaan baik, tambah beliau.