Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: FPDA harus tangkas, tapi pegang prinsip asas

SG sahkan lagi komitmen tegas terhadap aturan keselamatan, anggap ia masih berharga
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



ATURAN Pertahanan Lima Negara (FPDA) harus bersifat tangkas namun tetap setia pada prinsip asasnya dan menjadi penstabil bagi memastikan keamanan dan kemajuan serantau.



"Dengan cara ini, saya yakin FPDA akan terus berjaya dan relevan secara strategik pada masa akan datang," ujar Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sambil menambah bahawa sekitaran geostrategik akan sentiasa berubah-ubah, dengan ancaman baru dan perubahan geopolitik.



Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam satu panggilan telefon bersama Menteri Pertahanan FPDA semalam.



FPDA - dianggotai Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Britain - menyambut ulang tahunnya ke-50 tahun ini.



Lima dekad lalu, FPDA dibentuk dalam keadaan luar biasa, sebagai rangka kerja perundingan untuk menawarkan keselamatan kritikal bagi dua negara muda di Asia Tenggara menyusuli pengunduran tentera Britain.



Meskipun konteks keselamatan di rantau ini telah berubah, FPDA masih berharga bagi semua pesertanya, kata Encik Lee.



Bagi tentera negara anggota, Encik Lee berkata FPDA menawarkan banyak nilai operasi dan peluang latihan. Ini satu-satunya aturan keselamatan berbilang hala di rantau ini yang mempunyai elemen operasi, dalam bentuk Ibu Pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (HQIADS).



Kini, HQIADS terus menjalankan latihan konvensional peringkat tinggi secara kerap, yang membolehkan tentera negara peserta membina keyakinan dan meningkatkan keupayaan saling kendali sementara mengukuhkan keupayaan HQIADS sebagai ibu pejabat latihan.



"FPDA adalah contoh baik kumpulan keselamatan berbilang hala yang dapat membuat penyesuaian dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau pada jangka masa panjang.



"Ia melakukan demikian dengan menggalak kerjasama serantau, membina keyakinan dan rasa hormat bagi undang-undang antarabangsa menerusi latihan, dialog serta seminar profesional dan forum secara kerap, dan juga dengan merubah untuk memberi respons kepada keperluan keselamatan moden," ujar Encik Lee.



Lebih daripada sekadar latihan tentera tradisional, FPDA telah berkembang untuk membina keupayaan dalam keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan dan dalam keadaan bencana serta usaha memerangi pengganasan.



Malah, ia telah mengambil langkah bagi meyakinkan negara jiran serantau bahawa ini satu aturan keselamatan inklusif dan aman.



Encik Lee berkata ia juga mengundang negara jiran serantau yang tidak menyertai FPDA untuk menjadi pemerhati semasa latihan, selain bertukar-tukar idea dan berkongsi maklumat berhubung kegiatan FPDA.



Wadah FPDA ini juga kerap menyatukan Menteri Pertahanan, Panglima Pasukan Pertahanan dan pegawai kanan pemerintah negara anggota.



"Interaksi yang tetap berterusan dalam keadaan pandemik ini jelas menunjukkan keupayaan aturan ini membuat penyesuaian dan betapa pentingnya negara anggota menganggap FPDA ini.



"Singapura mengesahkan lagi komitmen tegasnya terhadap aturan ini," kata Encik Lee, yang turut merakam penghargaan mendalam kepada semua negara anggota atas sokongan mereka selama ini kepada FPDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >