Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

PM Lee galak warga ambil dos vaksin penggalak Covid-19

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mendapatkan suntikan 'booster', iaitu dos vaksin penggalak Covid-19 di Hospital Besar Singapura (SGH) semalam.



Beliau berkongsi video mendapatkan suntikan itu dan menggesa individu yang ditawarkan suntikan tersebut untuk menerimanya.



Jawatankuasa Pakar bagi Covid-19, yang antara lain menasihatkan pemerintah mengenai program vaksinasi Covid-19, mencadangkan suntikan ketiga bagi warga emas 60 tahun dan ke atas dan yang tinggal di rumah jagaan orang tua.



Ia juga dicadangkan bagi individu yang mempunyai daya tahan tubuh lemah.



"Saya harap anda menerimanya jika ditawarkan suntikan dos vaksin penggalak (Covid-19)," kata Encik Lee, menulis di Facebook.



"Ia akan mengurangkan risiko anda jatuh sakit teruk atau memerlukan jagaan di unit penjagaan rapi (ICU)."



Sehingga Isnin lalu, sekitar 12,000 orang telah mendaftar bagi suntikan 'booster'.



Warga emas yang telah melengkapkan dua dos vaksin sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu akan menerima SMS dengan pautan tersendiri untuk membuat janji temu.



Sehingga 15 September, 82 peratus penduduk di Singapura kita telah mendapatkan dua dos vaksin.



Sekurang-kurangnya 84 peratus pula telah menerima satu dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >