Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee garis dasar SG berdepan adikuasa dunia

Jul 15, 2017 | 03:56 PM



SINGAPURA berkawan baik dengan China dan Amerika, dan ini adalah kedudukan yang sewajarnya untuk diambil, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



“Mereka yang berada dalam pertubuhan dasar luar negeri akan menghargai kedudukan kami walaupun mereka mungkin berharap kami akan lebih cenderung kepada salah satu daripada mereka,” kata Encik Lee kepada 700 pemimpin perniagaan, ahli akademik dan pengggubal dasar kelmarin.



Encik Lee menggariskan prinsip di sebalik dasar luar negeri Singapura berkenaan kedua-dua kuasa besar dunia itu semasa sesi dialog yang berlangsung selama 30 minit di Forum Global FutureChina.



Beliau yang baru pulang dari Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G-20) di Jerman hujung minggu lalu, turut berkongsi pandangannya antara lain tentang peluang perniagaan yang boleh direbut Singapura di tengah-tengah pertumbuhan China.



Encik Lee turut menyingkap semula pertemuan dan perbincangannya dengan Presiden China Xi Jinping di sidang kemuncak itu, di mana mereka bercakap tentang isu dua hala dan ruang bagi kerjasama termasuk projek besar antara kedua-dua pemerintah serta dalam bidang sumber manusia.



Menurutnya, China mungkin bertaraf dunia dalam banyak bidang tetapi Singapura tetap boleh mencari bidang khusus untuk bekerjasama dengan China, kata Encik Lee di forum anjuran Business China itu, yang bertujuan menghubungkan warga Singapura dengan syarikat di China.



“Saya tidak menerima prinsip bahawa apa sahaja yang saya boleh lakukan, mereka boleh lakukannya dengan lebih baik,” ujarnya.



Menyentuh tentang daya usaha rangkaian prasarana Belt and Road (Jalur dan Laluan) yang bertujuan menghasilkan laluan perdagangan darat dan laut untuk menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika, Encik Lee berkata itu cara yang membina untuk China mengembangkan kedudukan dan pengaruhnya di dunia.



Tambahnya, daya usaha itu terbuka dan kejayaannya bergantung pada aliran perdagangan dan barangan yang bebas, kata Encik Lee.



Singapura juga bergantung pada perdagangan dan mempunyai kepentingan untuk memastikan laluan laut kekal terbuka, khususnya selat yang sempit seperti Selat Melaka dan Selat Singapura.



Oleh itu, Singapura akan menentang sepenuhnya jika ada negara yang cuba menyekatnya atau menyekatnya dengan keputusan satu pihak, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >