Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: GE akan datang akan tentukan sama ada S'pura akan miliki pemerintah baik, stabil

Nov 10, 2019 | 02:31 PM



PILIHAN RAYA akan datang bakal menentukan masa depan Singapura kerana ia akan memutuskan sama ada negara ini dapat kekal memiliki sebuah pemerintah yang stabil dan berkebolehan bagi memelihara kehidupan dan kemakmuran rakyat.



Berkata demikian di Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Majlis Anugerah PAP65, setiausaha agung parti pemerintah itu dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa para aktivis untuk bekerja keras bagi memastikan rakyat terus kekal meyakini parti tersebut.



Ini menurut beliau bergantung kepada tiga perkara; pertama terus mendapat kepercayaan rakyat, kedua memberi rakyat harapan bagi kehidupan lebih baik dan ketiga memastikan perpaduan sosial kekal kukuh.



Encik Lee juga menggesa aktivis PAP bekerja sama rapat dengan pemimpin 4G untuk meyakinkan warga bahawa parti itu berpegang teguh kepada prinsip “bersama rakyat, dan untuk rakyat.”



Dalam pada itu, di majlis tersebut, sejumlah 402 aktivis diiktiraf atas dedikasi dan sumbangan meereka.



Anugerah tertinggi - Pingat Khidmat Cemerlang - disampaikan kepada mantan Menteri Kabinet Ong Pang Boon.



Dalam ucapannya, Pengerusi PAP, Encik Gan Kim Yong, memberi penghormatan kepada kader dan aktivis parti itu atas sokongan mereka dan khidmat mereka kepada rakyat.



Beliau menekankan, parti pemerintah itu perlu terus menegakkan nilai-nilai asasnya dalam ia bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum, yang menurut Encik Gan, tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >