Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa Asean rebut peluang Revolusi Perindustrian Keempat

Sep 13, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Asean berada dalam kedudukan baik untuk merebut peluang yang dibawa Revolusi Perindustrian Keempat, bahkan ia sudah pun mengambil langkah untuk berbuat demikian.



Encik Lee berkata demikian di sesi pembukaan Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asean di Hanoi semalam.



Dalam sesi itu, pemimpin serantau lain, termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo; Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc; dan Naib Perdana Menteri China Hu Chunhua juga bercakap mengenai keprihatinan dan pilihan yang dihadapi rantau ini dalam era gangguan teknologi.



Dalam ucapannya, Encik Lee menggariskan beberapa inisiatif yang diambil Asean untuk menggunakan teknologi demi memberi manfaat kepada perniagaan dan warganya.



Ini termasuk Perjanjian Asean mengenai e-dagang yang akan menyelaras peraturan supaya perniagaan boleh memasarkan dan menjual produk mereka dengan mudah dalam Asean, dan ‘Satu Jendela Asean' yang akan mempercepat pelepasan kargo merentas sempadan untuk mengurangkan kos urus niaga menggunakan satu wadah dalam talian, lapor The Straits Times.



Encik Lee berkata, rangkaian Bandar Bijak Asean, yang diterajui Singapura sebagai pengerusi Asean tahun ini, telah menyelesaikan pusingan pertama mesyuaratnya dan telah melancarkan beberapa projek.



Rangkaian itu ialah wadah bagi bandar untuk bekerjasama, berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan rakan kongsi luar serta sektor swasta mengenai inisiatif bandar bijak.



Salah satu projek yang dilancarkan ialah kerjasama antara Bandar Bijak Amata Chonburi di Thailand dan Perikatan Huraian Bandar Yokohama mengenai sistem pengurusan tenaga bijak.



Di peringkat dua hala, Singapura dan Vietnam juga telah menubuhkan tujuh taman perindustrian, ujar Encik Lee.



"Mereka berjalan dengan baik, membawa modal pelaburan bernilai lebih AS$11 bilion ($15.15 bilion) daripada 800 syarikat antarabangsa, menjana lebih 200,000 pekerjaan," ujarnya.



Encik Lee juga menekankan bahawa penyepaduan ekonomi yang lebih tinggi dalam Asean adalah syarat penting bagi Revolusi Perindustrian Keempat, "kerana ia adalah mengenai rangkaian pembinaan, mewujudkan kerjasama baru dan kekal berhubung".



Sebagai sebahagian usaha meningkatkan integrasi ekonomi, Asean bekerjasama dengan rakan-rakan sehaluan untuk mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala dan terbuka, katanya.



"Sistem ini telah menyokong pertumbuhan dan kestabilan kita, tetapi berada di bawah tekanan, dan juga ancaman," kata beliau.



Inilah sebab Asean melakukan yang terbaik untuk membuat kemajuan dalam Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan utama yang melibatkan Asean dan enam rakan perdagangan.



"Kami berharap dapat mencapai kesimpulan besar menjelang akhir tahun ini, walaupun ini belum dijamin," katanya.



Penyiapan RCEP akan mewujudkan blok perdagangan terbesar dunia, meliputi sepertiga daripada hasil dalam negeri kasar (GDP) global dan satu perempat daripada eksportnya.



Sebelum sesi itu, Encik Lee juga telah menemui Encik Nguyen, dengan kededuanya telah mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan Vietnam.



Mereka bertukar pandangan mengenai pembangunan serantau dan sejagat, dan setuju tentang pentingnya menyelesaikan RCEP tahun ini.



Laporan penuh Forum Ekonomi Dunia:



PM Nguyen gesa kukuh perpaduan, perdagangan Asean



Forum himpunkan pemimpin negara serantau




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >