Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa liberalisasi khidmat bagi sepadukan lagi ekonomi Apec

Nov 19, 2015 | 02:30 PM



MANILA: Ekonomi serantau harus disepadukan lagi dengan meliberalisasikan industri perkhidmatan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di sini pada pagi Khamis (19 Nov) dalam sebuah sesi mesyuarat Pemimpin forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).


Sambil mengakui liberalisasi penuh tidak mudah dan akan memerlukan "batu dan laluan loncatan", beliau mencadangkan negara-negara Apec memberi tumpuan pada sektor yang akan melicinkan aliran perdagangan, seperti telekomunikasi dan logistik.


Sebagai contoh, meningkatkan rantaian bekalan melalui pengangkutan udara lebih cepat akan memberi manfaat kepada perniagaan yang berurusan dengan barang mudah musnah.


Meliberalisasikan perkhidmatan moden yang boleh dilakukan secara digital, seperti kewangan, insurans, perundangan dan perakaunan, juga akan memudahkan perniagaan dikendalikan.


Bagaimanapun, Encik Lee berkata ini tidak bermakna penghapusan sepenuhnya peraturan domestik. Penetapan peraturan mengikut keutamaan sendiari setiap negara masih diperlukan.


"Kita bercakap tentang kecekapan, ketelusan, dan konsisten dalam melaksana peraturan, dan tidak membenarkan peraturan menjadi kejasama secara samar-samar dan tidak telus," kata Encik Lee, lapor The Straits Times dalam laporan dalam taliannya.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan Presiden Korea Selatan, Cik Park Geun Hye, turut membuat gesaan bagi integrasi perkhidmatan dalam sesi tersebut.


Perkhidmatan kini membentuk lebih separuh Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Apec dan pekerjaan di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >