Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee gesa masyarakat kekal berhati-hati dan waspada tangani Covid-19

Jun 01, 2020 | 08:20 PM

USAHA melawan Covid-19 ialah “satu maraton, bukan larian pecut”, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menggesa warga Singapura untuk kekal waspada meskipun beberapa langkah pemutus litar dilonggarkan hari ini.

Sedang ramai warga akan berasa lega dengan kelonggaran itu, langkah itu juga pastinya membawa pelbagai risiko, kata Encik Lee dalam satu perkongsian di Facebook.

Beliau menggesa orang ramai untuk terus mengamalkan jarak selamat, tabiat kebersihan, memakai pelitup apabila di luar rumah dan mengelakkan tempat yang sesak.

“Saya tahu ramai di antara anda tidak sabar untuk kembali bertemu rakan-rakan di sekolah atau menziarahi ibu bapa dan nenek dan datuk anda. Tetapi, kita mesti kekal berhati-hati dan waspada,” kata Encik Lee.

“Sekiranya kita melakukan demikian, maka kehidupan dapat berjalan lebih kurang normal setelah tempoh ‘pemutus litar’.

“Kita tidak mahu kes Covid-19 melonjak lagi, dan terpaksa sekali lagi memperketatkan langkah-langkah,” ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3